hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

7:53 PM

hOtspUrz.. homesick sudah!!!

Posted by hOtspUrz


Sudah hampir 3 bulan hOtspUrz tak balik ke Sungai Petani, maklum la sibuk sangat dengan kerja. Cuti Raya AidilAdha pun tidak berkesempatan untuk pulang ke Sungai Petani dek kerana pergi kenduri di Batu Pahat. Makanya dengan adanya "block leave" 2 minggu dan 8 hari.. hOtspUrz pun apa lagi mohon lah cuti bulan ini juga untuk clearkan 1 minggu dan baki bawa ke tahun depan. hOtspUrz akan mula bercuti dari 17 nov hingga 24 nov!!!! yeah!!!

So, hati sudah membuak2 nak balik Sungai Petani. Mana tak nye, ramai yg dok habaq ni sungai petani da berubah byk!!! (amboi aku tak balik lbh kurg 3 bulan da byk yg berubah?). emm apa2 je lah janji bley hidup dengan aman dan tenang!! 


Dikhabarkan Sungai Petani sudah ada 1 lagi pusat membeli belah yang agak besar!!! Amanjaya Mall yang terletak di Bandar Amanjaya berdekatan dengan susur masuk / keluar Lebuh Raya Utara Selatan  Sungai Petani Utara. Makanya hOtspUrz pun letak priority lah bila sampai SP nanti!! cek nak p melawat tengok!!! ada apa yg best sgt!! sebelum ni kat sp nak p mana lagi klo bukan yg ni:


Central square ni makin hari makin tak dak apa2 da pun. Dulu boleh la kira style skg ni.. emmm hampeh je kot. coz xde pape yg menarik. hOtspUrz klo nak beli baju raya ke apa baik g parkson kat taman sejati.. 

Kalau tak pun g Tesco sg petani utara untuk beli brg2 dapur + rumah.. 


Kalau nak tgk movie mesti g kat sini (tgk bwh)  sb seat dia lebih selesa compared to GSC kat central square!!.. 


Jadual hOtspUrz blk sp ni mcm padat but kena manage btol2 neh!!! huhhh da mcm YB!!! coz hOtspUrz plan nak g makan kat hOtmas!!!! (lama tak p neh!!).. Tempat makan yg style dan selalu penuh!!! harga murah!!! isyhh memang berbaloi baloi!!!!


Satu lagi tempat makan yg kena p jugak adalah LeBoss!!!!! spaghetti dia terbaek!!!!!! cek lapaq la mcm ni.. hahaha. 

Semoga apa yg hOtspUrz plan ni diberkati oleh-Nya!! amin.. 

 So SP!!!! tunggu kepulangan hOtspUrz!!..

9:04 PM

hOtspUrz... Kenduri Aidil

Posted by hOtspUrz


First of all, Tahniah Aidil & Nabila.. Semoga berbahagia ke Akhir Hayat. Amin..

Kalau di ikutkan perancangan seramai 4 orang akan pergi ke Kenduri Aidil & Nabila iaitu hOtspUrz sudah semestinya (pemandu berhemah), Aman (Pengaturcara Majlis), Aliff (Cameraman) & Wan (Penyedia Tempat Tinggal), namum sebaik-baik perancangan manusia, Allah lebih berhak untuk mengaturnya.. Malam sebelum bertolak ke Batu Pahat, aman msg memberitahu ibu nya di masukkan ke CCU Hospital Putrajaya. Makanya, segala perancangan awalnya terpaksa di ubah dan aman tidak dapat bersama-sama ke majlis tersebut. Kepada Aman, kami semua berdoa agar kesihatan ibu aman akan bertambah baik dan sihat hendak-Nya. amin..

Perjalanan bermula dengan hOtspUrz mengambil aliff di hentian Perkeliling seawal jam 7.30pg (err tuh masa hOtspUrz bertolak dari Shah Alam yep). hOtspUrz menerima panggilan dari aliff seawal jam 6pg ketika dia sudah hendak menaiki bas. Seterusnya hOtspUrz dan aliff menuju ke Setapak pula untuk mengambil Wan. 

Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik sgt, hanya borak2 kosong sahaja menjadi peneman sepanjang perjalanan.  Dan kami sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 12 tengah hari dan perut masing-masing pun mula berkeroncong. Menu untuk kenduri Aidil sudah semestinya nasi beriyani johor, kambing masak kurma, ayam masak merah, kari daging dan buah oren!!! selain itu terdapat juga makanan ringan lain seperti keropok lekor, goreng pisang, bubur dan mcm2 lagi!!! wow siap ada persembahan ghazal!!! memang layan la masa makan.. 

Selesai makan, kami pun beralih ke meja guest book!!! ape lagi terus conteng guest book!!! haha.. 5 perkara menarik tentang pengantin (aidil la coz nabila tak kenal sgt dan tak pnh borak pun)
1. KUAT TIDOR!!!!!
2. Baca doa Rombongan..
3.Honda WAVE DAQ.
4. Selalu ponteng kelas
5. Dulu aidil selalu pergi surau, skg tak tau.. hehe

pape pun kat dlm guest book siap ngn pesanan aman "aman kirim salam"!!! hehe..

Klo diikutkan perancangan Pengantin akan tiba pada pukul 1.30ptg, tp tunggu punya tunggu, pengantin tiba hampir pukul 2ptg..Disamping tunggu pengantin sempat gak ktorg amek gula-gula n moist cake kat meja guestbook!!! haha.. Aidil!! moist cake tuh sedap giler!!! haha.. Sebaik pengantin tiba cameraman (aliff) mulakan tugas!!!  Sepanjang perarakan pengantin aidil senyum sampai ke telinga!!! huhhhh Tahniah bro!!! tak sabar pulak hOtspUrz neh!!! emm bila?? doa2kan la ye semoga dipermudahkan jodoh dan dipertemukan dengan Insan yang dapat membimbing hOtspUrz ke Jalan yang diredai Allah.. amin.. 

Sebelum melangkah kaki untuk meninggalkan majlis, sempat juga kami bergambar dengan Pengantin!!!

Selamat Pengantin Baru Aidil & Nabila!!!!!!!!


Tajuk tu yang penting untuk dihayati!!! hahaha.. Angan-angan yang ntah bila akan tiba walau tanpa usaha ke arah itu.. huhhhh.. Memang tidak la jawabnya. 

Untuk post kali ni, hOtspUrz ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman mengikuti seminar bersama-sama dengan Persatuan Institut Teknologi Makanan Malaysia atau Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) di The Saujana Hotel Subang pada 23 Oktober 2012. Seminar ini bersempena dengan Mesyuarat Tahunan MIFT kali ke 38. Tema (emm tema ke??) Seminar ini adalah Food  Safety and Quality Assurance "trust but verify".
Dengan persetujuan syarikat, hOtspUrz dihantar ke Seminar ini dan diminta supaya berdaftar dengan segera dengan MIFT supaya yuran untuk menghadiri seminar atau kursus yang ditawarkan oleh MIFT di masa hadapan dapat dikurangkan. Hal ini kerana Syarikat terpaksa membayar rm 200 untuk bukan ahli (hOtspUrz) dan jika hOtspUrz berdaftar sebagai ahli MIFT yuran hanyalah rm50 sahaja!!!.  Tapi sampai ke hari ini hOtspUrz masih belum berdaftar!!!!! hahaha..

Berbalik kepada Seminar ini, objektif seminar adalah untuk membincangkan berkaitan dengan Cabaran masa kini dan hadapan untuk analisis makanan dan keperluan menentusahkan (verification), Metodologi dan interpretasi analisis makanan yang berkaitan dengan GMO (makanan yang terubahsuai dengan genetik @ Genetic Modified Organism Food), Makanan Halal dan Perlabelan Pemakanan.
Di Seminar ini, hOtspUrz dapat berjumpa semula dengan Prof. Dr Nik (Pensyarah UKM & Pengerusi MIFT), My Daddy @ Godfather @ Supervior Tesis iaitu Prof Salam (Datang dengan pakaian yg sgt kasual!!!) stail la prof!!! Dr Siti Norbaiyah (Unipeq-HACCP course). Memang mcm down memory lane lah sebab teringat balik zaman-zaman belajar kat UKM dulu. Tak disangka-sangka Prof Salam pulak duduk sebelah hOtspUrz sepanjang seminar tersebut!!! huhhh... Makanya berbual panjang lebar la hOtspUrz dengan beliau dan perkara yang paling membanggakan dalam diri hOtspUrz adalah apabila prof salam meminta business card!!!!huhhhh terasa diri ini sudah berada di awan!!!! huhhhh.. Dahulu seorang pelajar yang tiada apa-apa dan sekarang hOtspUrz adalah R&D Executive!!! hehee., perasan plak.. 
Di seminar ini hOtspUrz tidak berkesempatan untuk mengambil byk gambar kerana duduk disebelah prof. jadi hOtspUrz lebih menumpukan kepada topik yang dibincangkan semasa seminar tersebut. 

Apa-apa pun hOtspUrz berpuas hati dengan seminar ini kerana byk sangat informasi yang berguna dapat dipelajari dan dikongsi. InsyaAllah jika ada lagi seminar anjuran MIFT pasti hOtspUrz akan mengikutinya....

Sekian..

9:52 PM

hOtspUrz... suatu ketika dahulu!!!!!!!!

Posted by hOtspUrz

First of all hOtspUrz saja nak ungkit kisah-kisah klasik hOtspUrz untuk tatapan dan panduan.. hOtspUrz tak kan lupa sampai bila-bila tragedi ni dan akan terus tersemat dihati!!!!! watch out!!! kepada sesiapa yg telah menyebabkan semua ini berlaku!!!! sampai bila2 hOtspUrz tak akan maafkan!!! huishhh!!!

Kisah klasik ini berlaku semasa hOtspUrz masih lagi menjadi Mahasiswa!!!  Untuk makluman sesetengah maklumat akan di sensor sedikit untuk mengelak KONTROVERSI!!!! hahahaha..

Kisah Bermula dengan POST KONTROVERSI dari hOtspUrz!!!

"firstly nak gelak guling2 ats katil aku yg empok coz pagi jumaat lepas (4.sept.2009) Jaksa K-Y ade wat fire drill!!!!! tp aku rse superduper senior tak support LANGSUNG!!!! terutamanye blok K15B dan 15C!!!!

1st comment aku!!! : KOrang JAKSA neh tak de pendekatan lain ke selain wat FIRE drill yg ntah pape neh?? MOST OF SEMESTER sme je!!! tukar la sket beb!! cari pendekatan lain selain wat fire drill neh..
2nd Comment aku!!!: Kepala OTAK ko wat mse bulan puasa!!! aku letih nak tdo!!! kaca tahap SIALAN!!! program MURAHAN cm ni aku tak layan.. ko nak blackout??? aku TAK KISAH r K-Y kan sejuk atas bukit?? ko nak BUNYI siren?? bunyi la.. yang penting bantal ade tilam empok aku layannnnn je tido!!!!! sampai subuh pun tak sedar..!!!
3rd Comment aku!!!: Korg MELALAK mcm anjing KEPANASAN tuh pe kes?? melalak kebakaran 5oX!!! mcm kanak2 TERENCAT!!!! ko ingat aku nak layan?? ADA AKU KESAH??? mampos lu r!!!
4th Comment!!!: Kuli BATAK ko jerit kedatangan diambil??? sekali lg ADA AKU KESAH?? ko nak wat pe ngan kedatangan tuh?? nak nme utk dpt msk SYURGA ke?? boley blah la... NAK BUANG KOLEJ??? SILA KAN LA wahai JAKSA, Pengurusan, PEngetua (yg tak wat kije) n Felo (asyk beromen je)!!! aku tak heran la klo korg nak buang aku dr K-Y neh.. KOrg ingat aku nak sgt K-Y yg makin hari makin CELAKA!!!!!!
5th Comment!!!: Time fire drill SIBUK je nak MELALAK soh org turun la, bangun la n bg kerjasama la.. TIME tak de AIR?? ape korg wat?? JAKSA KEBAJIKAN & YDP>??? korg tido je kat bilik FREE korg kan?? emm FIKIR LA PAKAI OTAK!!! FELO??? ape kije korg?? Dr B-B?? ko ni wat kije ape ea?? elaun FELO dpt tp asyk layan laki je ea??? air tak de ko wat tak kesah je kan?? tangki bocor pun ko wat tak tau.. memang HOTAK LU!!!!
6th Comment!!!: Melalak merayu mintak kijesame kunun.. PESTA KONVO nak TOLONG KOrg utk report tahunan JAKSA korg tak nak plak bg kijesame.. org da wat program kat korg pun tak nak join.. skg korg nak mintak kijesame aku???!! sorry la beb.. tak de mse aku nak LAYAN program2 hampeh mcm korg wat ni.. AKU bdk konvo tak layan program KOLEJ Yg CIPUT neh!!!!

cukup la ye aku lepas geram kat cni.. kepada sesiapa yg terasa padan muka ko!!! sedar sendiri la klo da dpt kolej free wat la kije bebaik.. pk program yg lebih up to date!!!...

LU PIKIR LA SENDIRI!!!!!"


haaaa ni la hasil daripada ketidakpuasan hati hOtspUrz dikala menjadi penghuni di sebuah kolej!!! di Universiti berstatus Penyelidikan.. Namun selepas sahaja post ini di ketahui oleh ORANG2 BESAR KOLEJ mula la dorg kepanasan!!! dan akhirnya hOtspUrz menerima ini; jeng jeng jeng!!!!!!


Tindakan terus di ambil tanpa ada bicara!!!! hebat!!! sangat-sangat diktator!!! dan kesalahan dengan tindakan tatatertib sangat-sangat tidak berkaitan dan kesalahan hanyalah dicari oleh PENYAMUN duit pelajar semata-mata untuk MEMBUANG hOtspUrz dari kolej!!!!


Kesalahan: menulis  artikel yang memburukkan imej kolej, pengetua, felo dan JAKSA tetapi butiran kesalahan (eja kesalahan pun tak betol!!! U penyelidikan tuh!!!) adalah seperti dalam gambar di atas!!!! semua tuh sbnrnya nak knekan hOtspUrz semata-mata!!! coz klo seseorg pelajar dikenakan tindakan saman melebihi RM100!!! secara serta merta di buang kolej!! So cara MUDAH penyamum duit pelajar menggunakan kaedah ini lah!!!! TERIMA KASIH!!! PENYAMUN!!! 14 sept 2009!!! hOtspUrz dibuang kolej yg berada di atas bukit!!! dan hari yang sama hOtspUrz mendapat kolej penginapan yang baru!!!! Alhamdulillah!!! tanpa rasa sedikit pun kecewa hOtspUrz melangkah keluar kolej tersebut dan terus memindahkan barang ke KOLEJ yang lebih dekat dengan FAKULTI dan tidak perlu menaiki motor!!! 

Kesalahan yang sgt2 hOtspUrz tak boleh terima adalah :
1. kesalahan mengotor bilik!!! aku stay 2 org dlm bilik klo nak saman kne la saman sekali roomate aku tp aku sorg je yg kne?? adil kah?? mmg nak buang aku dari kolej sbnrnye!!!
2. menampal poster? bongok ke ape!! notice board tak bg aku lekat jadual kuliah n thesis pun tak boleh?? mmg cekala btol penyamun duit pelajar neh!!!.
3.  jemur pakaian yg ini aku terima coz mmg aku sidai baju kat tempat yg tak sepatutnya.. 
4. meletak selipar / kasut di luar bilik!!!!! huishhh sgt2 kelakar!!! mental PENYAMUM duit pelajar tahap sampah!!!  masalahnya bukan aku sorg letak selipar/kasut kat luar bilik!!! semua org wat mcm tuh!!! bodoh!!!

Maksimum denda untuk singkirkan pelajar dari kolej adalah RM100!!! so hOtspUrz kne denda RM102!! lebih rm 2 so kne la tendang dari kolej tersebut!!!! 

Apa2 pun sekarang ni hOtspUrz da menjadi ALUMNI U tersebut!! dan menjadi ALUMNI Kolej AB bukannya Kolej -Y. Dan kini telah mempunyai kerjaya!!!  Terima kasih untuk pengalaman tersebut dan ingat lah!!!! hOtspUrz!!! FIGHT FOR THE RIGHT!!!! hahahaha... SELAMAT ULANG TAHUN hOtspUrz!!!

9:58 AM

hOtspUrz... 8 September

Posted by hOtspUrz


Syukur Alhamdulillah.. hOtspUrz masih lagi bernafas di kala tarikh 8 September 2012!!! Sudah 28 tahun jantung hOtspUrz masih lagi berdegup dan nadi masih berdenyut. Mudah2n dipanjangkan umur hOtspUrz dengan terisinya segala yang bermanfaat. 


Tiada yang ingin hOtspUrz azam kan cuma bermohon agar di permudahkan segala urusan DUNIA & AKHIRAT.. mudah2an hOtspUrz tergolong dalam kalangan Mukmin yang BerIMAN!!!.


Suka hOtspUrz imbas kembali karektor2 Hamba Allah yang dilahirkan pada bulan September dan nombor 8!!!!
SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat coolsangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya.Terluka hatinya sangat lama disimpanTerlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik..

Number 8
You have a very strong personality and people will find it hard to understand you. You are more likely to suffer in your younger years. You might be also the one responsible to look out for your family. You often suffer all the way through life. You will learn life in a very practical way. You are the one who will fight for justice and may even die in the war too. You are normally very reserved with a handful of friends and most of the time, live life alone and always prepared to help others. However, once you settle down, (which is often late), then your had lucks will disappear. You will face unexpected problems such as encountering poisonous animals, and accidents. You are highly- disciplined, persistence, and courageous, and it is your strength that will take you to success. You are a great part of a family team
You are a fighter!.

Last but not least ucapan yang tak pernah hOtspUrz dapat hilangkan dalam ingatan ini adalah:

  • Posted 09/07/2009 12:37 am
  • bile aku bg comment..
    mksdnye ada la something yg ko wat..
    n bnda tuh..
    wat aku geli ati..

    sbb menjelang ramadhan al-mubarak ni..
    mlm kite kena beramal..
    jdk siang kita beribadat..
    n lewat ptg kena cari mknn kn..
    nasi lemak ke..murtabak ke..
    ko suke x..hahaha..

    org lain pose..
    kite pon pose..
    tp org lain dah xmo wat dose..
    aku dtg nk tmbh dose..(aku dah agak dah bdak ni nk ape..huhu)

    kebetulan ari lahir mu hampir tiba..
    aku ngn rase sensitifnye ingin mengungkapkan 78 patah kate..
    lantak la..
    nak dgr ke xnk..
    aku dah taip..hahaha

    tika rmdhn trus terasa..
    kian hampir syawal menjelma..
    ko jd insan btuah..
    merasa nikmat bpuasa..
    even tgok dr blkg cam xda kesan drpd pose tuh..

    ko memg btuah..
    mampu meraikn ari lahir dlm suasana rmdhn..
    berbuka ngn umt islam sluruh dunia..
    seolah meraikan hari bmkna tuk ko..
    pdhal diorg memg lapo nk mkn..
    pastuh terasa cam ade majlis pesta tuk ko..
    padhl..tu bazar rmdn kot..
    hahaha..

    slmt hari lahir en. shidi hotspur.

Terima Kasih Sahabat2 sekalian atas ucapan dan ingatan kalian!!! Sesungguhnya tidak mampu hOtspUrz balas KESEMUANYA!!! Hanya Doa yang mampu hOtspUrz kirimkan untuk Kalian.. 

Ikhlas Dari Insan yang Bernama : Ahmad Murshidi Bin Amir...


arghhh seriously can't wait for this baby landing tomorrow afternoon!!!!!!!! right after this baby landed, hOtspUrz's collection will become  9 !!!! Here's some updates on hOtspUrz's collection for 1:400 scale, include the latest MAS A380

1. Malaysia Airlines (New Livery Blue Red Line) B737-800 - 9M-MXA
2. AirAsia (World's Best Livery) A320 - 9M-AFC
3. AirAsia (F1 AT&T Livery) A320 - 9M-AFW
4. Royal Brunei Airlines B767-300ER - V8-RBH
5. AirAsia X A340-400 - 9M-XAB
6. Garuda Indonesia MD 11 - PK-GIM
7. Air Jamaica A320-214 - N624AJ
8. Malaysia Airlines (Blue Red Cheatline Livery) B747-400- 9M-MPP (Putrajaya)
9. Malaysia Airlines (All Blue Livery) A380!!!! - 9M-MNA.


Next target aerobridge!!! 

10:19 PM

hOtspUrz.. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!

Posted by hOtspUrz


Disini hOtspUrz dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua SAHABAT, Follower, Rakan dan kenalan blog hOtscLOpEdia. Maaf Zahir Batin.

Dikesempatan ini juga hOtspUrz ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kekhalifan telah hOtspUrz lakukan semasa mengupdate blog ini. Diharapkan segala salah dan silap hOtspUrz dapat dimaafi dan Halal kan lah segala makan minum hOtspUrz.. 

Mudah-mudahan dengan saling bermaafan dihari mulia ini mendapat barakah dari-Nya.

Sekali lagi sebelum hOtspUrz mengakhiri coretan kali ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ikhlas dari : hOtspUrz..

10:29 PM

hOtspUrz... Persiapan Hari Raya

Posted by hOtspUrz

Tinggal lagi 3 hari untuk Umat Islam di Malaysia berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri (1 syawal). Persiapan hOtspUrz sudah semestinya siap dan hanya tunggu hari Jumaat sahaja untuk pulang ke kampung halaman!!! wah anak perantau la sangat kan.. Makanya hOtspUrz pun sudah siap segala-segalanya termasuk lah untuk kedua Mak dan Ayah hOtspUrz di Sungai Petani. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana berkat Rezeki yang dikurnia oleh-Nya untuk hOtspUrz, dapatlah hOtspUrz manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Bermula dengan persiapan untuk Mak hOtspUrz di Kedah, hOtspUrz sempat memberi duit sahaja kerana tiada pengalaman membeli barang untuk wanita. Makanya Mak hOtspUrz pun setuju dan membeli barang keperluan raya dengan sendiri nya. Dan dengar cerita Mak hOtspUrz membeli jubah dan sepasang kasut (sandal) untuk raya tahun ini. 

Manakala bagi persiapan raya untuk ayah, hOtspUrz membeli sehelai kemeja yang mungkin kecil nilainya namun jika tidak salah hOtspUrz, ayah belum pernah memakai kemeja jenama Camel Active dan sengaja hOtspUrz membeli dengan warna yang agak muda agar kelihatan sipemakainya lebih ceria dan muda di Hari Lebaran. 

Dalam sibuk membeli persiapan raya untuk diri hOtspUrz ini adalah hasil tangkapan yang berjaya disempurnakan dalam masa 3 minggu berpuasa.. 


Bermula dengan hOtspUrz membeli sehelai kemeja di IOI Mall Puchong seminggu sebelum puasa dengan dipengaruhi oleh seorang rakan UKM!!!! Pada masa yang sama hOtspUrz berminat sangat dengan sepasang kasut di Jusco IOI Mall, namun hOtspUrz tahan dahulu nafsu membeli itu dek kerana hanya 30% sahaja diskaun nya..hahaha.. Seterusnya hOtspUrz membeli sampin di minggu pertama puasa untuk dipakai di hari lebaran.. emm sampin terbeli dahulu tetapi baju melayu nya belum??? huhhh.. terus telefon mak dikedah.. Tema tahun ni warna apa??? haha. makanya terhasillah Baju Melayu seperti di atas... Difikir-fikir masih belum lengkap persiapan raya hOtspUrz untuk tahun ni!!! jadi terus pula memburu sehelai lagi kemeja dan juga seluar jeans.. Akhirnya Alhamdulillah... cukup semuanya.. ohh terlupa pula bagi tau, kasut yang diidam2kan tuh sebenarnya berjaya jugak beli.. hahaha.. Alhamdulillah rezeki dari-Nya.. amin...


Semua barang-barang keperluan raya sudah pun hOtspUrz simpan di dalam beg!!! tunggu hari Jumaat je. Balik je kerja petang tu, terus hOtspUrz bergegas untuk pulang ke kampung halaman. Mudah-mudahan Allah melancarkan perjalanan hOtspUrz.. Amin.... 

Duit raya pula hOtspUrz sudah siap sedia.. Terima Kasih kepada Assistant Quality Assurance Manager kerana sudi tolong hOtspUrz tukarkan duit. Tahun ni duit raya lebih meriah, mana kan tidak nya semua bank menyediakan DUIT BARU!!!!!!!!!!!! sempat jugak hOtspUrz dapatkan RM1, RM5, RM10 & RM20!!!! yeah!!!! Jadinya sesiapa yang nak duit raya dari hOtspUrz datang lah ke rumah!!!!



Sebelum mengakhiri nurkilan kali ini, hOtspUrz sangat-sangat teruja kerana menerima gift dari supplier untuk Hari Raya Aidilfitri!!! Thanks Mr Darren.. love ya!!! ahahaha


Ok lah cukup untuk kali ini. Sebelum terlupa, hOtspUrz ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai diri ini pernah melakukan apa-apa kesilapan, kesalahan, kekasaran, kejahilan yang mungkin mengguris, melukakan, meyinggung perasaan kalian. Mohon di Maafkan dan Halal kan lah segala makanan dan minuman yang telah menjadi sebahagian dari diri hOtspUrz. Semoga Sinar Lebaran menjadi titik permulaan dalam menyinari hidup kalian semua. Aminnn.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

7:09 PM

hOtspUrz... ZAKAT FITRAH

Posted by hOtspUrz


Alhamdulillah... Selesai sudah Tanggungjawab hOtspUrz untuk Tahun 2012 / 1433 Hijrah.. Mudah2n dengan terlaksana tanggungjawab ini dapat la membantu insan-insan yang kurang bernasib baik dan dalam kesusahan. Aminnn..

Seperti tahun-tahun terdahulu, hOtspUrz telah mengambil tanggungjawab untuk membayar zakat fitrah bagi pihak kedua-dua orang tua hOtspUrz. Tahun ini agak istimewa kerana merupakan tahun pertama hOtspUrz membayar Zakat Fitrah di Negeri Selangor. Sebelum ini hOtspUrz membayar Zakat di negeri kelahiran hOtspUrz iaitu Kedah, namun disebabkan hOtspUrz telah berhijrah dan menetap di Selangor, makanya hOtspUrz menunaikannya di sini sahaja.. 

Belum terlambat hOtspUrz ingin Mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Semua!!!!.. hehe..

9:06 PM

hOtspUrz dilema!! Management ke Union?? emmm

Posted by hOtspUrz



Selepas panggilan dan surat pemberitahuan yang menyatakan hOtspUrz telah tamat dengan jaya nya tempoh pemerhatian dan percubaan, hOtspUrz menerima satu lagi kejutan!!! kejutan yang tidak sengaja dicari dan menjadi topik hangat!!!

Hangat la sgt.. Ini semua disebabkan oleh, niat hOtspUrz untuk menjadi AHLI KESATUAN SEKERJA PERINGKAT EKSEKUTIF di tempat hOtspUrz bekerja. 


Dalam tempoh seminggu sahaja niat hOtspUrz terus terbatas dek kerana notis yang dikeluarkan semasa Mesyuarat Mingguan Syarikat di mana bagi mengelak hOtspUrz meneruskan niat untuk menjadi Ahlli Kesatuan Sekerja, Pihak syarikat telah menaikkan taraf hOtspUrz daripada Eksekutif biasa kepada Eksekutif yang merangkap Ketua Jabatan!!! arghh!!!!!!!!!!!!!

Semua "benefits" yang Union dapat, hOtspUrz melopong je la!!!! emm sabar je la!!!. Mudah2n hOtspUrz dapat menguatkan fizikal dan mental sepanjang mencari rezeki di sini.. aminn..