hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

10:54 PM

hOtspUrz.... r0utes tO jakarta

Posted by hOtspUrz

Buat kali pertama dalam hidup hOtspUrz dapat menjejak kaki di bumi Indonesia.. Semua ini bermula dengan pemilihan hOtspUrz oleh pengurusan syarikat untuk menghadiri Pameran "Interfood Indonesia 2011". Selain hOtspUrz, ada lagi 2 org yang turut bersama2 hOtspUrz dlm team R&D. Alhamdulillah.. rezeki hOtspUrz..

Tetapi dalam fikirkan rezeki tuh, terfikir sejenak apa yang bakal hOtspUrz hadapi di Jakarta nanti... Maklum la, pengalaman hOtspUrz pada 2006 menjadi exhibitor hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.. Letih, Lunyai, Kejang Kaki dan mcm2 lagi!!!.. Dan satu hal lagi, untuk exhibition kali ini, perancangan dari pihak pengurusan untuk membuat "sampling" sebanyak 102 paket produk sehari!!!! haa dalam masa 10 jam 102 paket produk mesti dihabiskan untuk di makan oleh pengunjung exhibition. Hambek kau!!! dah macam bagi makan percuma untuk mangsa-mangsa perang je..!!..


Sebelum berangkat makanya persediaan mestilah siap segalanya... Walaupun hOtspUrz ni berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Sains Makanan & Pemakanan), TETAPI!!! terpaksa berjinak-jinak dalam dunia lakonan!!! hahaha..Ini disebabkan pengurusan syarikat meminta hOtspUrz memakai pakaian Chef!! jadinya terpaksalah menjadi CHEF!!! even though i'm a FOOD TECHNOLOGIST!!! makanya hOtspUrz kena la bersiap dengan pakaian chef!!! siap ada nama lagi!! "chef Murshidi"!!! haaa.. kau ada????


Baju yang ditempah ni ada 2 warna, hitam & putih.. Bila di belek2, warna hitam menawan, tetapi bila di pakai, warna putih nampak berseri... adoi.. masalah la bila hOtspUrz mula perasan.. hehe.. Bila lagi kan nak angkat bakul sendiri...

Selain dari baju chef, Passport adalah dokumen yang paling penting dalam hal ini.. Mana tidaknya, kalau tak ada benda alah ni jangan kau mimpi la nak menembusi Jabatan Imigresen kat KLIA tuh. Jadinya hOtspUrz pun dengan pantas "drive" ke seberang perai untuk membuat passport.. Ye la kan, sebelum ni hOtspUrz menunaikan umrah guna passport kongsi!! hahaha. tau tak passport kongsi?? Passport kongsi ni hanya diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur yang ingin ke luar negara bersama-sama dengan Ibu atau Ayah masing-masing. Maka nya hOtspUrz di kala berstatus kanak-kanak bawah umur, terpaksa la berkongsi passport untuk pergi menunaikan umrah..

Passport sudah siap, isyh2!!!! hensem nye hOtspUrz!!!!ngeee.....

Passport sudah ada, boarding pass pun sudah siap, maka nya hOtspUrz terbang di awan biru!!!!...

(maaf agak lambat ye untuk berkongsi cerita routes to jakarta)

0 comments: