hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Highlight!!!!!!!!!!

Popular Posts

8:38 PM

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Posted by hOtspUrz


Selamat Tahun Baru 2012!!!!, Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah dan inayah-Nya, hOtspUrz di beri ruang untuk meneruskan kehidupan buat kesekian kalinya.. Amin.. Azam tahun baru?? hOtspUrz tidak menetapkan lagi azam untuk tahun 2012 tetapi apa-apa pun hOtspUrz akan meneruskan azam yang terdahulu / yang belum tercapai di tahun lepas untuk di realisasi kan tahun ini. InsyaAllah..

5:05 PM

hOtspUrz... pabila tunggangan ke bengkel

Posted by hOtspUrz

Apabila meter millage sudah menjangkau angka 10000km makanya perlu lah kereta di hantar ke bengkel untuk balancing and alignment..



tak sampai sejam pun untuk balancing and alignment neh dan bayaran pun tak mahal mana RM26 je..

Tepat 27.12.2011, tarikh terakhir hOtspUrz bekerja di kilang pemprosesan "poultry and meat products". Seperti sedia maklum cukup lah setahun tiga bulan hOtspUrz disana. Banyak pahit dan manis yg hOtspUrz belajar disana dan mudah-mudahan segala ilmu dan pengetahuan dapat di aplikasikan dalam hidup hOtspUrz.. amin..

Untuk post kali ni hOtspUrz hanya ingin berkongsi gambar-gambar terakhir di pejabat..


Makanya cukup sudah!!!!! Ok la kan 3 keping gambar untuk di kongsi bersama.. InsyaAllah tahun hadapan hOtspUrz kongsikan pula pabila hOtspUrz memulakan khidmat di syarikat yang baru..

10:43 PM

hOtspUrz..... last day

Posted by hOtspUrz

Alhamdulillah....... hari ni 27-12-2011, merupakan hari terakhir hOtspUrz bekerja di hOmetown.. cukup setahun tiga bulan hOtspUrz bekerja disini dan cukuplah untuk tempoh itu sahaja..
Mudah-mudahan rezeki untuk tahun hadapan adalah rezeki terbaik untuk hOtspUrz dari-Nya!! aminn..

9:47 PM

hOtspUrz... new baby in da hOUse,,,

Posted by hOtspUrz



Kalau di ingat kembali, sasaran utama hOtspUrz nak beli "ground service equipment" untuk merealisasikan impian membina hOtspUrz International Airport, tetapi lain pulak jadinya. Selain itu angan-angan nak beli Malaysia Airlines B777-200ER dan juga A330-300 (New Livery & Old Livery) pun masih lagi tertangguh. Mana kan tidaknya, tetiba pulak ada promosi untuk syarikat penerbangan lain. Jadinya yang terbaru hOtspUrz membeli AirAsia X A340-300 dengan no pendaftaran 9M-XAB. Sekarang ini koleksi hOtspUrz bertambah 1 lagi.

Koleksi hOtspUrz untuk skala 1:400
1. Malaysia Airlines (New Livery) B737-800 - 9M-MXA
2. AirAsia (World's Best Livery) A320 - 9M-AFC
3. AirAsia (F1 AT & T Livery) A320 - 9M-AFW
4. Royal Brunei Airlines B767-300ER - V8-RBH
5. AirAsia X A340-300 - 9M-XAB

InsyaAllah impian dan juga sasaran yang hOtspUrz tulis di atas tu akan terlaksana juga sedikit masa lagi. Duit pun makin surut, jadinya perlu la menabung dari sekarang, sebab nak harapkan bonus dari syarikat kompom-kompom tak dapat kerana hOtspUrz sudah bagi notis.


Hujung bulan November hOtspUrz di arahkan untuk menyertai suatu road show (sebenarnya kena g wat cooking demo aka promote produk syarikat) di Pantai Timur (Kelantan). Bermula la episod hOtspUrz memikirkan masalah pengangkutan untuk ke sana. Manakan tidaknya, syarikat hOtspUrz bekerja ni sangat-sangat la bersikap pisau cukur!! mengikis harta pekerjanya. Kenapa hOtspUrz berkata sedemikian? Di suruh melakukan supplier audit pun kena pergi dengan kenderaan sendiri, pergi training pun kenderaan sendiri, kenderaan syarikat adalah HAK milik empunya kilang serta anak beranak mereka!!!

Wah bila membebel hal syarikat mula lah panjang lebar karangannya.. Jadinya dipendek kan cerita, Area Manager Sales untuk pantai timur mencadangkan supaya kami menggunakan pengangkutan udara, memandangkan keadaan cuaca yang kurang mengizinkan untuk laluan darat, makanya pihak syarikat pun "mengapprovekan" permohonan tersebut!!! Alhamdulillah!!! naik BELON lagi yunk!!!!! Untuk makluman pakcik dan makcik, FireFly merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menyediakan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Kelantan (Pengkalan Chepa) dengan kekerapan satu penerbangan sehari. Sangat-sangat berbaloi ye penerbangan ini!!! dan sangat-sangat memudahkan dan menyenangkan jika anda perlu ke pantai timur terutamanya ke kelantan dengan kadar yang segera. Jika sebelum ini perlu transit di Kuala Lumpur terlebih dahulu. Tetapi kini dengan Firefly hanya dengan 55min penerbangan anda sudah boleh sampai di Kelantan. (cukup ye info yang hOtspUrz berikan kepada anda!!)



Penerbangan ke Kelantan (KBR) dari Pulau Pinang adalah pada jam 7.15am, makanya hOtspUrz perlu bergegas ke Kilang dan terus ke Penang International Airport seawal jam 5.00am. Huhhh suatu perjalanan yang agak memenatkan ye. Tetapi hOtspUrz sudah rancang awal-awal supaya kami tiba sehari awal dari tarikh roadshow!!! (alasan untuk setup tempat roadshow!!). Proses boarding berjalan lancar dan pesawat berlepas tepat pada masanya. Video?? kompom2 la ado!!!

Seperti biasa, mesti la nak tunjukkan peha yang semakin membesar itu!!! hahaha.. Legroom boleh lah!!! mungkin seat pitch dalam 30" kot!!!.. Penerbangan singkat je tak perlu nak 'complain' ye!!!. Lagi pun tiket tu syarikat bayar kan?? hehehe..

Untuk 'complimentary food' hOtspUrz memilih cracker dengan apple juice. Dalam otak "kalau la dapat nasi lemak pagi-pagi neh kan sedap!!!... (Hello MAS pun tak bagi nasi lemak ye untuk penerbangan 55min mcm neh!!!).

Selepas selesai acara menjamah 'complimentary food' hOtspUrz teringat pulak lenggok pramugari firefly melakukan demo keselamatan, makanya terus hOtspUrz periksa pinggang hOtspUrz!!! Please fasten your seat belt while seated!!!!..



Maklum la, hOtspUrz kan masih lagi dalam mood "cempera mat ali" menaiki pesawat kipas ni jadinya perlu la mengambil gambar sebanyak mungkin walaupun pesawat ke Kelantan ni adalah pesawat yang sama membawa hOtspUrz ke Subang tempoh hari (pesawat dengan no pendaftaran 9M-FYG). Oh sekali lagi hOtspUrz tidak dapat duduk di sebelah enjin pesawat!!! Nampak nya rezeki tidak menyebelahi hOtspUrz.. Sepanjang penerbangan hOtspUrz layan je lah permandangan luar tingkap. Pertama kali kot merentasi banjaran titiwangsa menerusi udara.. kau ado???

Makanya untuk menghilangkan sedikit kebosanan hOtspUrz pun menekan la punat di kamera kompak... Firefly dengan pesawat ATR 72 ni terbang tidak lah setinggi pesawat jenis Jet... kelajuan kalau tidak silap hOtspUrz adalah sekitar 450-480 km/h (data dari info juruterbang firefly).



Seperti yang sedia maklum, keadaan cuaca di pantai timur adalah musim tengkujuh. Makanya banjir merupakan situasi yang normal disini pabila musim tengkujuh. Seperti dalam gambar di atas yang sempat hOtspUrz ambil sebelum pesawat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.
Pesawat mendarat tepat pada waktunya dengan landasan yang basah dan dilimpahi air hujan. Dalam hati risau jugak dengan keadaan sedemikian. Maklum la kadang-kadang hOtspUrz ni terpengaruh dengan dokumentari "Air Crash Investigation".. Tapi Alhamdulillah.. semuanya selamat.



Kalau dah gila gambar tuh susah nak buang tabiatnya.. Makanya tak kira hujan ke panas ke, ada kesempatan je hOtspUrz menekan punat kamera kompak di tangan.. Dengan menggunakan pesawat kipas yang bersaiz kecil, makanya firefly tidak menggunakan aerobridge, tetapi jika keadaan hujan setiap penumpang akan dibekalkan payung untuk ke bangunan terminal.



Tetapi, dimaklumkan ye!!! payung ittew bukan hak peribadi penumpang ye!!! sila pulangkan kepada staf MAS di pintu masuk bangunan terminal. Makanya sebelum dipulangkan kepada yang empunya, ambil dulu potret kenangan bersama-sama payung itu,, hahaha..

Keadaan lapangan terbang pada pagi itu agak lengang..tidak la sesibuk Lapangan Terbang Pulau Pinang.. tetapi untuk makluman anda semua, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini merupakan lapangan terbang tersibuk di pantai timur!!!! walaupun tidak menyediakan penerbangan antarabangsa.

Selesai acara berjalan kaki di tarmac hOtspUrz pun melangkah masuk ke bangunan terminal untuk mengambil baggage.. Dan seterusnya menunggu Area Manager Sales Pantai Timur kat area ketibaan. Dan terus kami dibawa ke Crown Garden Hotel...



Ini lah hasilnya di Kota Bharu!!!!! Terima Kasih ye syarikat (err bukan-bukan!!!!) Terima Kasih En Zul kerana 'booking' hotel yang dalam kategori terbaek!!!!.. haha.. Setidak-tidaknya penat kami bekerja 10jam terubat la dengan keadaan hotel sedemikan rupa...



Yang penting katil!!!! sangat-sangat la besar walaupun untuk seorang.. dan bilik pun besar!! tandas?? boleh muatkan 1 katil lagi tau!!! Harga?? untuk "corporate rate" RM148, tetapi untuk 'normal rate RM188-200 (twin-sharing deluxe room)....



Untuk permandangan jendela hotel, dapat dilihat Bandar Kota Bharu.. Jika anda menginap di sini, usah risau untuk mencari tempat-tempat makan atau pun tempat untuk berbelanja, kerana lokasi hotel ini berdekatan dengan pusat bandar kota bharu sebenarnya.

Sepanjang berada di sana, disebelah siangnya hOtspUrz berada di Pantai Timur Hyper Pengkalan Chepa untuk tujuan mempromosi produk syarikat. Sepanjang 3 hari promosi, permintaan dan sambutan sangat-sangat menggalakkan.



Cukup 5 hari hOtspUrz di Kota Bharu, tiba masa nya untuk berangkat pulang.. Penerbangan pulang ke Pulau Pinang pada jam 8.30am. Untuk penerbangan pagi hOtspUrz perlu berangkat ke Lapangan terbang pada jam 7.00am.



Ini lah keadaan dalaman Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Pada pagi tersebut terdapat 3 penerbangan dengan 2 penerbangan ke Kuala Lumpur dan 1 penerbangan ke Pulau Pinang.



Tepat pada masanya, panggilan untuk boarding dengan dimulakan bagi penumpang yang menduduki seat no 1 hingga ke 9 dahulu. Pada pagi tersebut cuaca agak baik dengan keadaan mendung. Aerobridge yang terdapat di Lapangan Terbang ini adalah aerobridge Lapangan Terbang Antarabangsa Subang yang dipindahkan ke sini selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Subang tidak lagi menggunakan aerobridge.



Untuk penerbangan pulang ke Pulau Pinang, pesawat yang membawa hOtspUrz dengan no pendaftaran 9M-FYH. Nak ambil gambar sebelum masuk ke dalam pesawat malu jadinya ini sahaja yang hOtspUrz sempat.. hehe.



Dengan tempat duduk seperti penerbangan ke Kelantan, sekali lagi hOtspUrz tidak dapat melihat enjin pesawat dikala berlepas. Apa-apa pun sempat jugek hOtspUrz bergambar.




Ini lah hasilnya selepas pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.



Tiada apa yang menarik perhatian hOtspUrz selain daripada melihat keindahan alam ciptaan Ilahi.



Alhamdulillah, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Pagi merupakan waktu yang sibuk di lapangan terbang ini kerana terdapat banyak penerbangan domestik dan antarabangsa, antaranya ke Kuala Lumpur, Hong Kong, Taiwan dan Medan.



Sejurus keluar dari pesawat, hOtspUrz terus melangkah ke bangunan terminal. Disamping itu sempat juga hOtspUrz mengambil beberapa potret yang menarik perhatian hOtspUrz.



Ni la sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang berjalan di tarmac Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Sriwijaya Air dari Indonesia (medan) dan Korean Air Cargo..

Sebelum naik tangga ke terminal sempat juga hOtspUrz melihat tayar pesawat.. huhhh besar juga neh!! kalau letak kat kereta apa akan jadi ye.. haha



Ini lah keadaan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang masih lagi di peringkat menaik taraf. Luaran nampak gempak tp dalaman masih lagi tampak sempit dan padat.. Mungkin pabila siap sepenuhnya keadaan akan berbeza...

Ok lah cukup buat setakat ini.. hOtspUrz rasa dah cukup panjang post kali ini. Cerita pasal roadshow tak panjang mana tetabi cerita pasal kapal terbang yang banyak.. Huhhh.. maklum la hOtspUrz ni sangat-sangat addicted dengan kapal terbang..

Apa-apa pun layannnnn..