hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Highlight!!!!!!!!!!

Popular Posts


arghhh seriously can't wait for this baby landing tomorrow afternoon!!!!!!!! right after this baby landed, hOtspUrz's collection will become  9 !!!! Here's some updates on hOtspUrz's collection for 1:400 scale, include the latest MAS A380

1. Malaysia Airlines (New Livery Blue Red Line) B737-800 - 9M-MXA
2. AirAsia (World's Best Livery) A320 - 9M-AFC
3. AirAsia (F1 AT&T Livery) A320 - 9M-AFW
4. Royal Brunei Airlines B767-300ER - V8-RBH
5. AirAsia X A340-400 - 9M-XAB
6. Garuda Indonesia MD 11 - PK-GIM
7. Air Jamaica A320-214 - N624AJ
8. Malaysia Airlines (Blue Red Cheatline Livery) B747-400- 9M-MPP (Putrajaya)
9. Malaysia Airlines (All Blue Livery) A380!!!! - 9M-MNA.


Next target aerobridge!!! 

10:19 PM

hOtspUrz.. Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!!

Posted by hOtspUrz


Disini hOtspUrz dengan rendah diri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua SAHABAT, Follower, Rakan dan kenalan blog hOtscLOpEdia. Maaf Zahir Batin.

Dikesempatan ini juga hOtspUrz ingin menyusun 10 jari memohon maaf atas segala kekhalifan telah hOtspUrz lakukan semasa mengupdate blog ini. Diharapkan segala salah dan silap hOtspUrz dapat dimaafi dan Halal kan lah segala makan minum hOtspUrz.. 

Mudah-mudahan dengan saling bermaafan dihari mulia ini mendapat barakah dari-Nya.

Sekali lagi sebelum hOtspUrz mengakhiri coretan kali ini, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Ikhlas dari : hOtspUrz..

10:29 PM

hOtspUrz... Persiapan Hari Raya

Posted by hOtspUrz

Tinggal lagi 3 hari untuk Umat Islam di Malaysia berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri (1 syawal). Persiapan hOtspUrz sudah semestinya siap dan hanya tunggu hari Jumaat sahaja untuk pulang ke kampung halaman!!! wah anak perantau la sangat kan.. Makanya hOtspUrz pun sudah siap segala-segalanya termasuk lah untuk kedua Mak dan Ayah hOtspUrz di Sungai Petani. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana berkat Rezeki yang dikurnia oleh-Nya untuk hOtspUrz, dapatlah hOtspUrz manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Bermula dengan persiapan untuk Mak hOtspUrz di Kedah, hOtspUrz sempat memberi duit sahaja kerana tiada pengalaman membeli barang untuk wanita. Makanya Mak hOtspUrz pun setuju dan membeli barang keperluan raya dengan sendiri nya. Dan dengar cerita Mak hOtspUrz membeli jubah dan sepasang kasut (sandal) untuk raya tahun ini. 

Manakala bagi persiapan raya untuk ayah, hOtspUrz membeli sehelai kemeja yang mungkin kecil nilainya namun jika tidak salah hOtspUrz, ayah belum pernah memakai kemeja jenama Camel Active dan sengaja hOtspUrz membeli dengan warna yang agak muda agar kelihatan sipemakainya lebih ceria dan muda di Hari Lebaran. 

Dalam sibuk membeli persiapan raya untuk diri hOtspUrz ini adalah hasil tangkapan yang berjaya disempurnakan dalam masa 3 minggu berpuasa.. 


Bermula dengan hOtspUrz membeli sehelai kemeja di IOI Mall Puchong seminggu sebelum puasa dengan dipengaruhi oleh seorang rakan UKM!!!! Pada masa yang sama hOtspUrz berminat sangat dengan sepasang kasut di Jusco IOI Mall, namun hOtspUrz tahan dahulu nafsu membeli itu dek kerana hanya 30% sahaja diskaun nya..hahaha.. Seterusnya hOtspUrz membeli sampin di minggu pertama puasa untuk dipakai di hari lebaran.. emm sampin terbeli dahulu tetapi baju melayu nya belum??? huhhh.. terus telefon mak dikedah.. Tema tahun ni warna apa??? haha. makanya terhasillah Baju Melayu seperti di atas... Difikir-fikir masih belum lengkap persiapan raya hOtspUrz untuk tahun ni!!! jadi terus pula memburu sehelai lagi kemeja dan juga seluar jeans.. Akhirnya Alhamdulillah... cukup semuanya.. ohh terlupa pula bagi tau, kasut yang diidam2kan tuh sebenarnya berjaya jugak beli.. hahaha.. Alhamdulillah rezeki dari-Nya.. amin...


Semua barang-barang keperluan raya sudah pun hOtspUrz simpan di dalam beg!!! tunggu hari Jumaat je. Balik je kerja petang tu, terus hOtspUrz bergegas untuk pulang ke kampung halaman. Mudah-mudahan Allah melancarkan perjalanan hOtspUrz.. Amin.... 

Duit raya pula hOtspUrz sudah siap sedia.. Terima Kasih kepada Assistant Quality Assurance Manager kerana sudi tolong hOtspUrz tukarkan duit. Tahun ni duit raya lebih meriah, mana kan tidak nya semua bank menyediakan DUIT BARU!!!!!!!!!!!! sempat jugak hOtspUrz dapatkan RM1, RM5, RM10 & RM20!!!! yeah!!!! Jadinya sesiapa yang nak duit raya dari hOtspUrz datang lah ke rumah!!!!



Sebelum mengakhiri nurkilan kali ini, hOtspUrz sangat-sangat teruja kerana menerima gift dari supplier untuk Hari Raya Aidilfitri!!! Thanks Mr Darren.. love ya!!! ahahaha


Ok lah cukup untuk kali ini. Sebelum terlupa, hOtspUrz ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai diri ini pernah melakukan apa-apa kesilapan, kesalahan, kekasaran, kejahilan yang mungkin mengguris, melukakan, meyinggung perasaan kalian. Mohon di Maafkan dan Halal kan lah segala makanan dan minuman yang telah menjadi sebahagian dari diri hOtspUrz. Semoga Sinar Lebaran menjadi titik permulaan dalam menyinari hidup kalian semua. Aminnn.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

7:09 PM

hOtspUrz... ZAKAT FITRAH

Posted by hOtspUrz


Alhamdulillah... Selesai sudah Tanggungjawab hOtspUrz untuk Tahun 2012 / 1433 Hijrah.. Mudah2n dengan terlaksana tanggungjawab ini dapat la membantu insan-insan yang kurang bernasib baik dan dalam kesusahan. Aminnn..

Seperti tahun-tahun terdahulu, hOtspUrz telah mengambil tanggungjawab untuk membayar zakat fitrah bagi pihak kedua-dua orang tua hOtspUrz. Tahun ini agak istimewa kerana merupakan tahun pertama hOtspUrz membayar Zakat Fitrah di Negeri Selangor. Sebelum ini hOtspUrz membayar Zakat di negeri kelahiran hOtspUrz iaitu Kedah, namun disebabkan hOtspUrz telah berhijrah dan menetap di Selangor, makanya hOtspUrz menunaikannya di sini sahaja.. 

Belum terlambat hOtspUrz ingin Mengucapkan Selamat Berpuasa kepada Semua!!!!.. hehe..