hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

10:29 PM

hOtspUrz... Persiapan Hari Raya

Posted by hOtspUrz

Tinggal lagi 3 hari untuk Umat Islam di Malaysia berpuasa dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri (1 syawal). Persiapan hOtspUrz sudah semestinya siap dan hanya tunggu hari Jumaat sahaja untuk pulang ke kampung halaman!!! wah anak perantau la sangat kan.. Makanya hOtspUrz pun sudah siap segala-segalanya termasuk lah untuk kedua Mak dan Ayah hOtspUrz di Sungai Petani. Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana berkat Rezeki yang dikurnia oleh-Nya untuk hOtspUrz, dapatlah hOtspUrz manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Bermula dengan persiapan untuk Mak hOtspUrz di Kedah, hOtspUrz sempat memberi duit sahaja kerana tiada pengalaman membeli barang untuk wanita. Makanya Mak hOtspUrz pun setuju dan membeli barang keperluan raya dengan sendiri nya. Dan dengar cerita Mak hOtspUrz membeli jubah dan sepasang kasut (sandal) untuk raya tahun ini. 

Manakala bagi persiapan raya untuk ayah, hOtspUrz membeli sehelai kemeja yang mungkin kecil nilainya namun jika tidak salah hOtspUrz, ayah belum pernah memakai kemeja jenama Camel Active dan sengaja hOtspUrz membeli dengan warna yang agak muda agar kelihatan sipemakainya lebih ceria dan muda di Hari Lebaran. 

Dalam sibuk membeli persiapan raya untuk diri hOtspUrz ini adalah hasil tangkapan yang berjaya disempurnakan dalam masa 3 minggu berpuasa.. 


Bermula dengan hOtspUrz membeli sehelai kemeja di IOI Mall Puchong seminggu sebelum puasa dengan dipengaruhi oleh seorang rakan UKM!!!! Pada masa yang sama hOtspUrz berminat sangat dengan sepasang kasut di Jusco IOI Mall, namun hOtspUrz tahan dahulu nafsu membeli itu dek kerana hanya 30% sahaja diskaun nya..hahaha.. Seterusnya hOtspUrz membeli sampin di minggu pertama puasa untuk dipakai di hari lebaran.. emm sampin terbeli dahulu tetapi baju melayu nya belum??? huhhh.. terus telefon mak dikedah.. Tema tahun ni warna apa??? haha. makanya terhasillah Baju Melayu seperti di atas... Difikir-fikir masih belum lengkap persiapan raya hOtspUrz untuk tahun ni!!! jadi terus pula memburu sehelai lagi kemeja dan juga seluar jeans.. Akhirnya Alhamdulillah... cukup semuanya.. ohh terlupa pula bagi tau, kasut yang diidam2kan tuh sebenarnya berjaya jugak beli.. hahaha.. Alhamdulillah rezeki dari-Nya.. amin...


Semua barang-barang keperluan raya sudah pun hOtspUrz simpan di dalam beg!!! tunggu hari Jumaat je. Balik je kerja petang tu, terus hOtspUrz bergegas untuk pulang ke kampung halaman. Mudah-mudahan Allah melancarkan perjalanan hOtspUrz.. Amin.... 

Duit raya pula hOtspUrz sudah siap sedia.. Terima Kasih kepada Assistant Quality Assurance Manager kerana sudi tolong hOtspUrz tukarkan duit. Tahun ni duit raya lebih meriah, mana kan tidak nya semua bank menyediakan DUIT BARU!!!!!!!!!!!! sempat jugak hOtspUrz dapatkan RM1, RM5, RM10 & RM20!!!! yeah!!!! Jadinya sesiapa yang nak duit raya dari hOtspUrz datang lah ke rumah!!!!



Sebelum mengakhiri nurkilan kali ini, hOtspUrz sangat-sangat teruja kerana menerima gift dari supplier untuk Hari Raya Aidilfitri!!! Thanks Mr Darren.. love ya!!! ahahaha


Ok lah cukup untuk kali ini. Sebelum terlupa, hOtspUrz ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai diri ini pernah melakukan apa-apa kesilapan, kesalahan, kekasaran, kejahilan yang mungkin mengguris, melukakan, meyinggung perasaan kalian. Mohon di Maafkan dan Halal kan lah segala makanan dan minuman yang telah menjadi sebahagian dari diri hOtspUrz. Semoga Sinar Lebaran menjadi titik permulaan dalam menyinari hidup kalian semua. Aminnn.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin..

0 comments: