hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

7:54 PM

hOtspUrz... APITERBANG aka FIREFLY...

Posted by hOtspUrz

Akhirnya hOtspUrz dapat jugak ke awan biru bersama-sama apiterbang..Mana tidaknya sudah lama kot teringin nak naik kapal terbang jenis ATR 72. Ye la kan orang cakap kapal terbang "kipas" ni tak stabil dan bising. Jadinya apabila berkesempatan + berkemampuan hOtspUrz pun mencuba.. Terima Kasih kepada firefly kerana menyediakan perkhidmatan pembayaran secara kad debit!!!!! (maklum la hOtspUrz keje kilang je.. mana mampu nak pakai kad kredit)..

Sebenarnya semenjak hOtspUrz masih belajar di UKM lagi dah tertanam niat nak naik firefly ni ditambah pula dengan hOtspUrz sering membaca trip report oleh brade AzuanZahdi yang sering menggunakan perkhidmatan firefly neh. Makanya Akhirnya niat hOtspUrz tercapai..



Seawal 5.30pg hOtspUrz sudah bangun kerana perlu sampai di Penang International Airport pada pukul 7.00pg untuk penerbangan ke Kuala Lumpur - Subang pada pukul 8.10pg.
Daftar masuk berjalan dengan lancar dan hOtspUrz secara berlenggang masuk ke Boarding Area kerana beg yang hOtspUrz bawa juga di daftar masuk. (walaupun beg tuh kecik je!!! xsampai pun 7 kg!!!!)

Tepat jam 7.50pg semua penumpang dibenarkan untuk menaiki pesawat. Makanya hOtspUrz pun terus melulu ke pesawat firefly dengan no pendaftaran 9M-FYG.. Sebenarnya hOtspUrz teringin sangat untuk mengambil gambar bersama-sama pesawat ini, tetapi sifat kemelayuan yang malu itu terus menyebabkan hOtspUrz memendamkan saja niat itu.. ngeee...

Setelah berada di dalam pesawat, pastikan anda memakai "seat belt". Teringat petah pramugari semasa melakukan demo keselamatan "For your safety please fasten your seat belt while seated".



Sekarang ni layan pula video ketika pesawat hendak berlepas.. huhuhhh untuk kali pertama hOtspUrz dapat merasa bagaimana pesawat kipas berlepas.. bising jugak ea..

Makanya bila "excited" sesangat kerna buat pertama kali berada di dalam pesawat jenis ATR 72 neh, hOtspUrz pun tidak lepas dengan kamera di tangan.. Tetapi agak terkilan sedikit kerana tidak dapat mengambil gambar enjin pesawat. Maklum la hOtspUrz berada di seat no 15!!..

Pesawat ni penuh dengan iklan-iklan dari syarikat pembinaan.



Legroom untuk pesawat ini tidak lah terlalu selesa tetapi memadai untuk penerbangan singkat. Kalau nak sila panggung macam aunty kat atas tuh memang la sangat-sangat 'tight'. Tengok hOtspUrz duduk sopan aje.. hehe..



Tatkala merenung ke luar tingkap, makanya ini la hasilnya.. Keindahan alam ciptaan Allah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..



Kalau naik Firefly ni anda akan diberi "complimentary food" yang merangkumi PENUTS or CRACKER and juice.. kalau dolu-dolu dapat MUFFIN tapi sekarang ni nan adoooo... Tapi apa-apa pun perkhidmatan ini jauh lebih baik berbarbanding tambang murah malaysia.. Sangat-sangat berbeza ye..



Dikala duduk diam dikerusi apa lagi, kamera pun beraksi la.. selain daripada mengambil gambar iklan-iklan syarikat pembinaan yang memenuhi segenap kabin pesawat, hOtspUrz juga dengan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri membelek-belek kad maklumat keselamatan..



Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah aka Subang Sky Park tepat pada waktunya.. Seingat hOtspUrz kali terakhir hOtspUrz menjejakkan kaki di Lapangan Terbang SUBANG pada tahun 1996, ketika hOtspUrz bersama-sama famili pergi ke Arab Saudi menunaikan ibadah Umrah. Hampir 10 tahun hOtspUrz tidak menjejakkan kaki di sini.. Sekarang ni hanya Firefly dan Berjaya Air sahaja yang menggunakan lapangan terbang ini, selain transmile air (kargo). Lapangan terbang ini juga digunakan oleh MAS engineering untuk penyelenggaraan pesawat-pesawatnya..

Sebaik sahaja hOtspUrz melangkah menuju ke Bangunan Terminal, sempat hOtspUrz menekan butang di kamera.. Niat nak ambil gambar banyak-banyak tapi malu la pulak.. Nanti ada pulak yang ingat hOtspUrz ni tak pernah naik kapal terbang.. Tapi kalau la ada camera DSLR 'confirm' hOtspUrz tak malu!!! hahaha..




Di saat menunggu bagasi yang kurang dari 7kg!!!! hahaha..

Seterusnya hOtspUrz melangkah keluar terminal menunggu akmal...

6:44 PM

hOtspUrz.. Alhamdulillah akhirnya...

Posted by hOtspUrz

Pertama nya Alhamdulillah.. akhirnya penantian hOtspUrz sudah berakhir dan segala doa telah dimakbulkan oleh-Nya!! aminn.. syukur alhamdulillah.. Untuk makluman, pada isnin 15 nov 2011 hOtspUrz menerima panggilan dari salah satu kilang di Shah Alam untuk melakukan "medical check-up" sebelum pihak kilang membuat keputusan untuk menawarkan pekerjaan. Makanya selepas di memikirkan yang hOtspUrz memang tak tahan dah di sini, hOtspUrz pun terus membuat keputusan untuk pergi ke Shah Alam hari Sabtu yang lepas 19 nov 2011...

Sampai je ke kilang tersebut, terus berjumpa dengan HR exec / asst manager.. Diberi sedikit penerangan dan nasihat terus diberi pula surat untuk melakukan "medical check-up" di Poliklinik Lourdes di seksyen 15 shah alam.. Tetapi ayat daripada En Fadzli "jika medical check-up awak doctor tick 'FIT' awak dtg balik ke kilang, jika doctor tick 'UNFIT', awak boleh balik ke kedah hari ini jugak". haha... dan tanpa berlengah hOtspUrz terus ke kereta Akmal untuk ke klinik berkenaan.. Oh lupa plak nak gtau. sepanjang hOtspUrz berada di Shah Alam, AKMAL lah yg banyak membantu hOtspUrz!! Thanks a lots mal coz tolong aku!!! really appreciate!!!..

Selepas sampai di poliklinik berkenaan ini lah JAWAPAN daripada 'medical check-up'!!!!!!!

FIT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Alhamdulillah!!!!! untuk pengetahuan semua, hOtspUrz curi buka sampul keputusan!!! yang doctor staple kan!!!! hehe... excited nak tau!!! makanya perjalanan hOtspUrz untuk merantau akan menjelma tidak berapa lama lagi...

Jadinya ini adalah sebahagian daripada keputusan 'medical check-up' hOtspUrz!!! yang penting semuanya normal!!!! ngeee.. abaikan ketinggian ye sebabnya keputusan itu tidak tepat ye... ketinggian hOtspUrz 165cm ye... dan berat hOtspUrz still maintain walaupun terasa diri ini semakin membesar dengan jayanya!!!!..

Sekarang ini hOtspUrz perlu membuat persediaan untuk merantau di sana.. persediaan dari sudut penginapan.. hOtspUrz perlu mencari bilik sewa dengan kadar yang berpatutan.. Mudah2an Allah memberi kemudahan dalam segala urusan hOtspUrz dalam menghadapi saat-saat menjadi anak perantau.. aminnn..

9:09 PM

hOtspUrz.... Kuala Lumpur - Jakarta

Posted by hOtspUrz

Sambungan dari perjalanan hOtspUrz ke Jakarta.....


Tarikh : 27 September 2011
No Penerbangan : MH 721
Jenis Kapal Terbang : Boeing 737-400
No Pendaftaran Kapal Terbang : 9M-MMD
Tempat Duduk : 25 A / Ekonomi
Masa Berlepas : 1. 00pm
Masa Ketibaan : 2.55pm (Waktu Jakarta)

Selanjutnya selepas hOtspUrz menapak ke Gate H6, makanya proses boarding pun terus berjalan, maklum la dengan transit time 30 min je.. mana la nak sempat utk berehat-rehat..
seperti sedia maklum semua luggage hOtspUrz yang telah di check-in di penang akan terus di pindahkan dari pesawat sebelum ini ke pesawat ke Jakarta.

Sebenarnya hOtspUrz teringin sangat nak naik pesawat baru Malaysia Airlines 737-800, siap 'update' kat website malaysia airlines sebelum berlepas ke lapangan terbang, mana tau tetiba di 'upgrade' kan ke 737-800. Tetapi nan ado!!!! hahaha.. 737-400 pun boley!!! Makanya ini la burung besi yang membawa hOtspUrz ke seberang!!! 9M-MMD..

Haaa...Sebelum masuk ke dalam pesawat ambil gambar pesawat dulu!! (ada org kata wajib ambil gambar pesawat sebelum boarding).. Haha... 'confirm' ye pesawat Malaysia Airlines!!!..

'Legroom'... emm not bad lah!!! nak sila panggung?? sah-sah la tak lepas... makanya lebih baik duduk diam-diam.. haha

Apa-apa pun ambil gambar dulu apa yg ada kat 'tarmac'!!.... Adik kecik Malaysia Airlines.. Firefly 737-800.... Tetapi sedihnya, hayat firefly tidak seperti yang disangka, Firefly akan melabuhkan tirai JET untuk selama-lamanya akibat daripada "share-swap" antara Malaysia Airlines dengan AirAsia.. Sangat lawa kot 'livery' Firefly!!!!

Tepat jam 1.00 pm pesawat meluncur ke udara.. video?? edak ado!!! hehe.. hOtspUrz segan la pulak, mana taknya ada makcik dengan anak dia kat sebelah hOtspUrz!! siap speaking lagi bila bersembang. Makanya hOtspUrz tak nak la di anggap sebagai orang yang tak pernah naik pesawat (hehe ate teman pun buat dek je sepanjang penerbangan)..

Sepanjang 30 minit pertama hotspUrz tgk keluar tingkap je sambil dalam otak terfikir kad imigresen.. mane tak nye kad Imigresen untuk memasuki Indonesia belum di isi.. adoi pen pulak tak bawa.. nak pinjam kat makcik sebelah ni segan!! emm nak speaking ke dengan dia?? adoi!! anak dia plak asyik main game je kat ipad.. emm at last mintak kat pramugara sorang neh (u hv an extra pen??).. tapi sampai kesudah tak dapek!!!

Perut makin berkeroncong, mana taknya dari pagi tak makan!! berkejar-kejar plak dari pagi sampai tengah hari.. emm lapar gila kowt!! untuk makan tengah hari ada 2 pilihan nasi putih dengan ayam rendang atau nasi putih dengan ikan sweet and sour.. pilih jangan tak pilih!!! hOtspUrz pilih yang terdahulu.. Harap maklum ye hOtspUrz pergi ke Jakarta akhir bulan september makanya suasana Hari Raya Aidilfitri masih lagi ada..

Jadinya ini lah rupa menu makan tengah hari hOtspUrz!!!.. dalam masa 15 minit ke 20 minit siap semua nya!!! cuma kek dan coklat cadbury gold je yg hOtspUrz simpan utk di makan kat Jakarta nanti.. Apa rasa makanan dalam penerbangan?? emm Alhamdulillah sedap!! skor yang hOtspUrz boleh bagi 8 daripada 10!! tapi porsi (portion) agak kecil lor!!! (ke hOtspUrz yang tengah kelaparan). Tapi budak sebelah hOtspUrz pun siap ambil nasi mak dia..

Cukup pasal makanan ye.. selepas seketika pramugari datang untuk mengingatkan kepada para penumpang untuk mengisi kad imigresen.. Alamak!!! hOtspUrz belum isi!!! emm sekali lagi hOtspUrz mintak pen kat pramugari. (miss, u hv an extra pen?? - err later on i'll give to you).. Tetiba makcik kat sebelah ckp (emm you can use my pen).. huhhh selamat!!! (tapi dalam hati makcik ni nak jugek speaking!!) hahaha.. selepas seketika!!! yeah finally i hv a Malaysia Airlines pen.. err ball pen biasa je kowt!!! ngeee..


Tepat jam 2.00 pm waktu Jakarta, pesawat MH721 selamat mendarat di Lapangan Terbang Jakarta Soekarno Hatta.

Ya Allah ini lah kali pertama hOtspUrz menjejak kan kaki ke Bumi Indonesia.. Alhamdulillah.. rezeki. huhhh apa-apa pun hOtspUrz dan teman sekerja terus ke kaunter Imigresen Indonesia untuk "clearance" dan terus mencari Blue Bird!!!. Lapangan Terbang Jakarta?? KL Sentral lagi menarik dan moden!!!, Puduraya selepas di"upgrade" lagi "style", Hentian Bas Sungai Petani?? memang la tak setaraf lapangan terbang Jakarta.. Secara jujurnya BERBANGGA LAH dengan fasiliti yang telah KERAJAAN MALAYSIA lakukan!! Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur walaupun tak sesibuk mana dan di anggap projek gajah putih.. Tetapi hOtspUrz SANGAT-SANGAT berbangga dengan fasiliti berkenaan!!! Siapa sangka sebuah negara yang kecil mampu mempunyai fasiliti KELAS DUNIA!! KELAS KAU MARIAMAH!!! hahaha.. sudah!! membebel panjang pulak.. Berbalik kepada ceritera di jakarta, Ayat pertama setelah keluar ke kawasan Lapangan Terbang "Seriously I'm PROUD to be a MALAYSIAN!!!!

Di Jakarta ni, pengangkutan awam yang boleh dipercayai dan perkhidmatan yang memuaskan adalah Blue Bird sahaja!! (menurut kata org indonesia).. Dan betul perkhidmatan sangat memuaskan dan harga teksi pun berpatutan (guna meter!!! - pakcik2 taksi kat Malaysia sila guna meter dan sila berintegriti!!!)..



Sesudah menaiki teksi blue bird, kami bertiga (hOtspUrz, R&D manager & GM -sales) terus menuju ke hOtel - Mercure Kota Jakarta Hayam Wuruk...

8:16 PM

hOtspUrz... PENANG - KUALA LUMPUR

Posted by hOtspUrz

ujung bulan September hOtspUrz terbang bersama-sama awan dania!!! yeah!!
Seperti sedia maklum hOtspUrz pergi ke Jakarta untuk menghadiri Exhibition di Interfood Indonedia 2011.. Jadinya ini sedikit sebanyak corat coret penerbangan hotspUrz menuju puncak gemilang cahaya!!! eheh!! apo neh!! tuh akademi fantasia, corat coret penerbangan hOtspUrz menuju ke Jakarta Indonesia..

Tarikh : 27 September 2011
No Penerbangan : MH 1145
Jenis Kapal Terbang : Boeing 737-400
No Pendaftaran Kapal Terbang : 9M-MPQ
Tempat Duduk : 25 A / Ekonomi
Masa Berlepas : 12.00pm
Masa Ketibaan : 12.55pm

hOtspUrz tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 11.00am, dengan keadaan Lapangan Terbang yang agak sesak dan sempit dek kerana dalam proses menaik taraf makanya tidak sempat la nak ambil gambar. Sangat-sangat terkejar-kejar ketika itu, makanya sampai saja di Lapangan terbang terus ke kaunter daftar masuk (check in) dan terus masuk ke "boarding area"!!! huhhh.. Ini kerana "boarding time" jam 11.30am.. hOtspUrz terus di check in dari Penang-Kuala Lumpur-Jakarta, makanya beg + barang-barang yang hOtspUrz terus akan sampai ke Jakarta, tanpa perlu di check in semula di Kuala Lumpur.

Selepas "scan hand-carry" hOtspUrz terus melangkah ke Gate 12 untuk pelepasan ke Kuala Lumpur. Dari jauh sudah kelihatan B737-400. Tepat jam 12.00pm pesawat pun berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur..



"legroom" emm agak sempit ye.. maklum la hOtspUrz kan tinggi!!! huhu.. Tapi agak boleh tahan la, kalau nak dibandingkan dengan "kini sesiapa pun boleh terbang"...

Untuk menghilangkan bosan selama 50 minit penerbangan ini la peneman hOtspUrz selain daripada Utusan Malaysia.. Isyh2.. bosan ke hOtspUrz?? kejap sangat kowt penerbangan ni... haha.. Going Places!! sebenarnya hOtspUrz nak sangat majalah ni untuk edisi bulan OGOS 2011.. tetapi tidak kesampaian ye!! hOtspUrz tak ke mana bulan Ogos lepas.

Apa-apa pun sempat jugeekkk bergambar dlm TOILET!!! (cempera la sket!!!). Sebenarnya niat hOtspUrz nak skodeng pramugari kat "Galley".

Salah satu permandangan sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebelum mendarat tetiba pesawat mengalami pergolakan yang agak kuat.. Kecut perut hOtspUrz kerana kali pertama kejadian sedemikian rupa berlaku.. Sampaikan ada seorang penumpang yang berada di dalam tandas menjerit. Lawak la pulak bila di imbas kembali kenangan tuh.

Walaubagaimana pun pendaratan pesawat sangat-sangat lah sempurna. Tidak terasa pun bila tayar pesawat menyentuh landasan.. Sebaik sahaja hOtspUrz melangkah ke "Main Terminal Building" hOtspUrz terus terkejar-kejar ke "Gate H4" kerana mempunyai hanya 30 minit "transit time" di KLIA. Dari Gate B6 hOtspUrz perlu ke Gate H4 sebelum jam 1.25pm. Tetapi tanpa disedari pintu pelepasan telah ditukar ke Gate H6, makanya perlu lah melangkah kaki kehadapan lagi!!!..