Akhirnya hOtspUrz dapat jugak ke awan biru bersama-sama apiterbang..Mana tidaknya sudah lama kot teringin nak naik kapal terbang jenis ATR 72. Ye la kan orang cakap kapal terbang "kipas" ni tak stabil dan bising. Jadinya apabila berkesempatan + berkemampuan hOtspUrz pun mencuba.. Terima Kasih kepada firefly kerana menyediakan perkhidmatan pembayaran secara kad debit!!!!! (maklum la hOtspUrz keje kilang je.. mana mampu nak pakai kad kredit)..
Seawal 5.30pg hOtspUrz sudah bangun kerana perlu sampai di Penang International Airport pada pukul 7.00pg untuk penerbangan ke Kuala Lumpur - Subang pada pukul 8.10pg.
Daftar masuk berjalan dengan lancar dan hOtspUrz secara berlenggang masuk ke Boarding Area kerana beg yang hOtspUrz bawa juga di daftar masuk. (walaupun beg tuh kecik je!!! xsampai pun 7 kg!!!!)
Daftar masuk berjalan dengan lancar dan hOtspUrz secara berlenggang masuk ke Boarding Area kerana beg yang hOtspUrz bawa juga di daftar masuk. (walaupun beg tuh kecik je!!! xsampai pun 7 kg!!!!)
Sekarang ni layan pula video ketika pesawat hendak berlepas.. huhuhhh untuk kali pertama hOtspUrz dapat merasa bagaimana pesawat kipas berlepas.. bising jugak ea..
Legroom untuk pesawat ini tidak lah terlalu selesa tetapi memadai untuk penerbangan singkat. Kalau nak sila panggung macam aunty kat atas tuh memang la sangat-sangat 'tight'. Tengok hOtspUrz duduk sopan aje.. hehe..
Tatkala merenung ke luar tingkap, makanya ini la hasilnya.. Keindahan alam ciptaan Allah yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..
Kalau naik Firefly ni anda akan diberi "complimentary food" yang merangkumi PENUTS or CRACKER and juice.. kalau dolu-dolu dapat MUFFIN tapi sekarang ni nan adoooo... Tapi apa-apa pun perkhidmatan ini jauh lebih baik berbarbanding tambang murah malaysia.. Sangat-sangat berbeza ye..
Dikala duduk diam dikerusi apa lagi, kamera pun beraksi la.. selain daripada mengambil gambar iklan-iklan syarikat pembinaan yang memenuhi segenap kabin pesawat, hOtspUrz juga dengan rasa tanggungjawab kepada diri sendiri membelek-belek kad maklumat keselamatan..
Mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah aka Subang Sky Park tepat pada waktunya.. Seingat hOtspUrz kali terakhir hOtspUrz menjejakkan kaki di Lapangan Terbang SUBANG pada tahun 1996, ketika hOtspUrz bersama-sama famili pergi ke Arab Saudi menunaikan ibadah Umrah. Hampir 10 tahun hOtspUrz tidak menjejakkan kaki di sini.. Sekarang ni hanya Firefly dan Berjaya Air sahaja yang menggunakan lapangan terbang ini, selain transmile air (kargo). Lapangan terbang ini juga digunakan oleh MAS engineering untuk penyelenggaraan pesawat-pesawatnya..
Di saat menunggu bagasi yang kurang dari 7kg!!!! hahaha..
Seterusnya hOtspUrz melangkah keluar terminal menunggu akmal...
0 comments:
Post a Comment