hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

6:44 PM

hOtspUrz.. Alhamdulillah akhirnya...

Posted by hOtspUrz

Pertama nya Alhamdulillah.. akhirnya penantian hOtspUrz sudah berakhir dan segala doa telah dimakbulkan oleh-Nya!! aminn.. syukur alhamdulillah.. Untuk makluman, pada isnin 15 nov 2011 hOtspUrz menerima panggilan dari salah satu kilang di Shah Alam untuk melakukan "medical check-up" sebelum pihak kilang membuat keputusan untuk menawarkan pekerjaan. Makanya selepas di memikirkan yang hOtspUrz memang tak tahan dah di sini, hOtspUrz pun terus membuat keputusan untuk pergi ke Shah Alam hari Sabtu yang lepas 19 nov 2011...

Sampai je ke kilang tersebut, terus berjumpa dengan HR exec / asst manager.. Diberi sedikit penerangan dan nasihat terus diberi pula surat untuk melakukan "medical check-up" di Poliklinik Lourdes di seksyen 15 shah alam.. Tetapi ayat daripada En Fadzli "jika medical check-up awak doctor tick 'FIT' awak dtg balik ke kilang, jika doctor tick 'UNFIT', awak boleh balik ke kedah hari ini jugak". haha... dan tanpa berlengah hOtspUrz terus ke kereta Akmal untuk ke klinik berkenaan.. Oh lupa plak nak gtau. sepanjang hOtspUrz berada di Shah Alam, AKMAL lah yg banyak membantu hOtspUrz!! Thanks a lots mal coz tolong aku!!! really appreciate!!!..

Selepas sampai di poliklinik berkenaan ini lah JAWAPAN daripada 'medical check-up'!!!!!!!

FIT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Alhamdulillah!!!!! untuk pengetahuan semua, hOtspUrz curi buka sampul keputusan!!! yang doctor staple kan!!!! hehe... excited nak tau!!! makanya perjalanan hOtspUrz untuk merantau akan menjelma tidak berapa lama lagi...

Jadinya ini adalah sebahagian daripada keputusan 'medical check-up' hOtspUrz!!! yang penting semuanya normal!!!! ngeee.. abaikan ketinggian ye sebabnya keputusan itu tidak tepat ye... ketinggian hOtspUrz 165cm ye... dan berat hOtspUrz still maintain walaupun terasa diri ini semakin membesar dengan jayanya!!!!..

Sekarang ini hOtspUrz perlu membuat persediaan untuk merantau di sana.. persediaan dari sudut penginapan.. hOtspUrz perlu mencari bilik sewa dengan kadar yang berpatutan.. Mudah2an Allah memberi kemudahan dalam segala urusan hOtspUrz dalam menghadapi saat-saat menjadi anak perantau.. aminnn..

0 comments: