hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Highlight!!!!!!!!!!

Popular Posts

9:09 PM

hOtspUrz.... Kuala Lumpur - Jakarta

Posted by hOtspUrz

Sambungan dari perjalanan hOtspUrz ke Jakarta.....


Tarikh : 27 September 2011
No Penerbangan : MH 721
Jenis Kapal Terbang : Boeing 737-400
No Pendaftaran Kapal Terbang : 9M-MMD
Tempat Duduk : 25 A / Ekonomi
Masa Berlepas : 1. 00pm
Masa Ketibaan : 2.55pm (Waktu Jakarta)

Selanjutnya selepas hOtspUrz menapak ke Gate H6, makanya proses boarding pun terus berjalan, maklum la dengan transit time 30 min je.. mana la nak sempat utk berehat-rehat..
seperti sedia maklum semua luggage hOtspUrz yang telah di check-in di penang akan terus di pindahkan dari pesawat sebelum ini ke pesawat ke Jakarta.

Sebenarnya hOtspUrz teringin sangat nak naik pesawat baru Malaysia Airlines 737-800, siap 'update' kat website malaysia airlines sebelum berlepas ke lapangan terbang, mana tau tetiba di 'upgrade' kan ke 737-800. Tetapi nan ado!!!! hahaha.. 737-400 pun boley!!! Makanya ini la burung besi yang membawa hOtspUrz ke seberang!!! 9M-MMD..

Haaa...Sebelum masuk ke dalam pesawat ambil gambar pesawat dulu!! (ada org kata wajib ambil gambar pesawat sebelum boarding).. Haha... 'confirm' ye pesawat Malaysia Airlines!!!..

'Legroom'... emm not bad lah!!! nak sila panggung?? sah-sah la tak lepas... makanya lebih baik duduk diam-diam.. haha

Apa-apa pun ambil gambar dulu apa yg ada kat 'tarmac'!!.... Adik kecik Malaysia Airlines.. Firefly 737-800.... Tetapi sedihnya, hayat firefly tidak seperti yang disangka, Firefly akan melabuhkan tirai JET untuk selama-lamanya akibat daripada "share-swap" antara Malaysia Airlines dengan AirAsia.. Sangat lawa kot 'livery' Firefly!!!!

Tepat jam 1.00 pm pesawat meluncur ke udara.. video?? edak ado!!! hehe.. hOtspUrz segan la pulak, mana taknya ada makcik dengan anak dia kat sebelah hOtspUrz!! siap speaking lagi bila bersembang. Makanya hOtspUrz tak nak la di anggap sebagai orang yang tak pernah naik pesawat (hehe ate teman pun buat dek je sepanjang penerbangan)..

Sepanjang 30 minit pertama hotspUrz tgk keluar tingkap je sambil dalam otak terfikir kad imigresen.. mane tak nye kad Imigresen untuk memasuki Indonesia belum di isi.. adoi pen pulak tak bawa.. nak pinjam kat makcik sebelah ni segan!! emm nak speaking ke dengan dia?? adoi!! anak dia plak asyik main game je kat ipad.. emm at last mintak kat pramugara sorang neh (u hv an extra pen??).. tapi sampai kesudah tak dapek!!!

Perut makin berkeroncong, mana taknya dari pagi tak makan!! berkejar-kejar plak dari pagi sampai tengah hari.. emm lapar gila kowt!! untuk makan tengah hari ada 2 pilihan nasi putih dengan ayam rendang atau nasi putih dengan ikan sweet and sour.. pilih jangan tak pilih!!! hOtspUrz pilih yang terdahulu.. Harap maklum ye hOtspUrz pergi ke Jakarta akhir bulan september makanya suasana Hari Raya Aidilfitri masih lagi ada..

Jadinya ini lah rupa menu makan tengah hari hOtspUrz!!!.. dalam masa 15 minit ke 20 minit siap semua nya!!! cuma kek dan coklat cadbury gold je yg hOtspUrz simpan utk di makan kat Jakarta nanti.. Apa rasa makanan dalam penerbangan?? emm Alhamdulillah sedap!! skor yang hOtspUrz boleh bagi 8 daripada 10!! tapi porsi (portion) agak kecil lor!!! (ke hOtspUrz yang tengah kelaparan). Tapi budak sebelah hOtspUrz pun siap ambil nasi mak dia..

Cukup pasal makanan ye.. selepas seketika pramugari datang untuk mengingatkan kepada para penumpang untuk mengisi kad imigresen.. Alamak!!! hOtspUrz belum isi!!! emm sekali lagi hOtspUrz mintak pen kat pramugari. (miss, u hv an extra pen?? - err later on i'll give to you).. Tetiba makcik kat sebelah ckp (emm you can use my pen).. huhhh selamat!!! (tapi dalam hati makcik ni nak jugek speaking!!) hahaha.. selepas seketika!!! yeah finally i hv a Malaysia Airlines pen.. err ball pen biasa je kowt!!! ngeee..


Tepat jam 2.00 pm waktu Jakarta, pesawat MH721 selamat mendarat di Lapangan Terbang Jakarta Soekarno Hatta.

Ya Allah ini lah kali pertama hOtspUrz menjejak kan kaki ke Bumi Indonesia.. Alhamdulillah.. rezeki. huhhh apa-apa pun hOtspUrz dan teman sekerja terus ke kaunter Imigresen Indonesia untuk "clearance" dan terus mencari Blue Bird!!!. Lapangan Terbang Jakarta?? KL Sentral lagi menarik dan moden!!!, Puduraya selepas di"upgrade" lagi "style", Hentian Bas Sungai Petani?? memang la tak setaraf lapangan terbang Jakarta.. Secara jujurnya BERBANGGA LAH dengan fasiliti yang telah KERAJAAN MALAYSIA lakukan!! Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur walaupun tak sesibuk mana dan di anggap projek gajah putih.. Tetapi hOtspUrz SANGAT-SANGAT berbangga dengan fasiliti berkenaan!!! Siapa sangka sebuah negara yang kecil mampu mempunyai fasiliti KELAS DUNIA!! KELAS KAU MARIAMAH!!! hahaha.. sudah!! membebel panjang pulak.. Berbalik kepada ceritera di jakarta, Ayat pertama setelah keluar ke kawasan Lapangan Terbang "Seriously I'm PROUD to be a MALAYSIAN!!!!

Di Jakarta ni, pengangkutan awam yang boleh dipercayai dan perkhidmatan yang memuaskan adalah Blue Bird sahaja!! (menurut kata org indonesia).. Dan betul perkhidmatan sangat memuaskan dan harga teksi pun berpatutan (guna meter!!! - pakcik2 taksi kat Malaysia sila guna meter dan sila berintegriti!!!)..



Sesudah menaiki teksi blue bird, kami bertiga (hOtspUrz, R&D manager & GM -sales) terus menuju ke hOtel - Mercure Kota Jakarta Hayam Wuruk...

0 comments: