hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

8:19 PM

hOtspUrz.,,,, new Baby landed!!!!

Posted by hOtspUrz

Alhamdulillah... dengan rezeki yang Allah beri, dpt juga hOtspUrz menambahkan koleksi kapal terbang.. Thanks chris from Malaysian wings coz offer a good price!!!! ngee... Makanya sekarang ini koleksi hOtspUrz bertambah daripada 5 kepada 7 buah kapal terbang untuk skala 1:400!!! Niat di hati untuk membeli kapal terbang Malaysia Airlines masih tidak menjadi.. Nak buat mcm mana harga tinggi sangat. Tak mampu bagi pekerja kilang macam hOtspUrz ini membeli..

Untuk kali ni hOtspUrz memborong 2 buah sekali gus iaitu Garuda Indonesia MD-11 dan Air Jamaica A320-214. Garuda Indonesia MD-11 kalau diimbas dari sudut sejarahnya, di beli oleh Garuda Indonesia pada tahun 1991, sebanyak 9 buah dan digunakan sehingga tahun 2002. Malaysia Airlines pun pernah menggunakan kapal terbang jenis MD-11 ini juga sehingga tahun 2000. hOtspUrz sebenarnya minat sangat dengan kapal terbang MD-11 dan juga DC-10, kerana rekabentuk yang menarik dengan adanya enjin ketiga di bahagian atas kapal terbang (Vertical Stabilizer). Sedikit sejarah mengenai MD-11 ini, kapal terbang ini di buat oleh McDonnell Douglas yang direka bentuk untuk keupayaan jarah sederhana dan jarak jauh. Sehingga kini kapal terbang ini masih lagi digunakan terutamanya bagi syarikat2 kargo seperti FedEx Express, UPS Airlines dan lain2, manakala bagi penumpang pula hanya KLM Royal Dutch Airlines sahaja yang masih lagi menggunakan kapal terbang jenis ini untuk perjalanan yang berjadual.

Ini pula, Air Jamaica A320-214, Jika diimbas kembali, Air Jamaica mula menggunakan kapal terbang A320 ini sejak tahun 1997 sehingga tahun 2011. Selepas penggaungan dengan Caribbean Airlines, kapal terbang jenis A320 telah di lupuskan dan digantikan dengan kapal terbang Boeing B737-800 dan livery Air Jamaica juga telah berubah. Air Jamaica pernah mempunyai sebanyak 15 buah kapal terbang jenis A320. Di Malaysia, hanya AirAsia sahaja yang mengoperasikan kapal terbang jenis ini.


Koleksi hOtspUrz untuk skala 1:400
1. Malaysia Airlines (New Livery) B737-800 - 9M-MXA
2. AirAsia (World's Best Livery) A320 - 9M-AFC
3. AirAsia (F1 AT & T Livery) A320 - 9M-AFW
4. Royal Brunei Airlines B767-300ER - V8-RBH
5. AirAsia X A340-300 - 9M-XAB
6. Garuda Indonesia MD-11 - PK-GIM
7. Air Jamaica A320-214 - N624AJ


InsyaAllah, sasaran seterusnya masih lagi Malaysia Airlines B777-200ER, A330-300, A330-200. Harga pasaran sekarang ini masih lagi sekitar RM130-RM155. Makanya hOtspUrz perlu menabung dan terus menabung. Selain ini ground services equipment juga masih lagi tertangguh untuk dibeli.. Adoi pokai sudah hOtspUrz buat masa sekarang ini.