hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

9:06 PM

hOtspUrz dilema!! Management ke Union?? emmm

Posted by hOtspUrz



Selepas panggilan dan surat pemberitahuan yang menyatakan hOtspUrz telah tamat dengan jaya nya tempoh pemerhatian dan percubaan, hOtspUrz menerima satu lagi kejutan!!! kejutan yang tidak sengaja dicari dan menjadi topik hangat!!!

Hangat la sgt.. Ini semua disebabkan oleh, niat hOtspUrz untuk menjadi AHLI KESATUAN SEKERJA PERINGKAT EKSEKUTIF di tempat hOtspUrz bekerja. 


Dalam tempoh seminggu sahaja niat hOtspUrz terus terbatas dek kerana notis yang dikeluarkan semasa Mesyuarat Mingguan Syarikat di mana bagi mengelak hOtspUrz meneruskan niat untuk menjadi Ahlli Kesatuan Sekerja, Pihak syarikat telah menaikkan taraf hOtspUrz daripada Eksekutif biasa kepada Eksekutif yang merangkap Ketua Jabatan!!! arghh!!!!!!!!!!!!!

Semua "benefits" yang Union dapat, hOtspUrz melopong je la!!!! emm sabar je la!!!. Mudah2n hOtspUrz dapat menguatkan fizikal dan mental sepanjang mencari rezeki di sini.. aminn..

5:26 PM

hOtspUrz.. Latest Item MH 747-400

Posted by hOtspUrz

Yeah!!! akhirnya bertambah lagi koleksi die-cast aircraft hOtspUrz!!!! Malaysia Airlines B747-400 dengan registration number 9M-MPP (Putrajaya).. 


Model ni siap ngn rollable landing gears taw!!! so memang nampak real habis la!!! Seperti biasa hOtspUrz beli kat myhobby house tp deal melalui Malaysianwings forum.. so at first sight terus hOtspUrz berminat + place an order.. Sometimes org nampak mcm giler kan beli benda mainan mcm ni.. but ni bukan sebarang mainan ye.. ni collectible items yg sgt bervalue tinggi.. wah!!!! hahahaha..


Emm untuk wide-body aircraft sudah bertambah dari 3 ke 4!!! Bermula dengan Royal Brunei Airlines B767 300ER, Air Asia X A340 300 dan Garuda Indonesia MD 11 sekarang bertambah dengan Malaysia Airlines B747-400.


So untuk koleksi Malaysia Airlines, hOtspUrz sudah ada 2 iaitu B737-800 9M-MXA dan terbaru B747-400 9M-MPP. untuk pengetahuan korg semua, Malaysia Airlines akan "phase out" boeing 747-400 ni selewat2nya pertengahan tahun hadapan (2013) dengan kehadiran pesawat baru super jumbo Airbus A380-800 yang akan menggantikan semua laluan yang dahulunya menggunakan B747-400. InsyaAllah ada rezeki hOtspUrz ingin mencuba pesawat terbaru Malaysia Airlines. 

Update untuk Collectible Item hOtspUrz Scale 1:400..
1. Malaysia Airlines (New Livery Blue Red Line) B737-800 - 9M-MXA
2. AirAsia (World's Best Livery) A320 - 9M-AFC
3. AirAsia (F1 AT&T Livery) A320 - 9M-AFW
4. Royal Brunei Airlines B767-300ER - V8-RBH
5. AirAsia X A340-400 - 9M-XAB
6. Garuda Indonesia MD 11 - PK-GIM
7. Air Jamaica A320-214 - N624AJ
8. Malaysia Airlines (Blue Red Cheatline Livery) - 9M-MPP (Putrajaya)

4:29 PM

hOtspUrz....After Six mOnth.

Posted by hOtspUrz

Syukur Alhamdulillah... Genap sudah 6 Bulan hOtspUrz bekerja di Shah Alam, pelbagai tekanan berjaya hOtspUrz harungi.. Tepat 3 July 2012, hOtspUrz menerima panggilan daripada Group General Manager (GGM), menyuruh hOtspUrz siapkan 1 Summary Report sepanjang 6 bulan hOtspUrz kerja disini. Selepas itu diberikan satu surat dengan penilaian yang telah dilakukan oleh GGM. Alhamdulillah, markah yang diterima adalah sangat membrangsangkan dan "dipromote" utk "increment".. 

Dalam pada itu, hOtspUrz mengharapkan agar Allah memberi ketabahan kepada diri untuk terus bertahan disini dan mengharungi lagi 6 bulan agar tercapai hasrat untuk seboleh2nya bertahan selama setahun dan mungkin selepas itu bertahan lagi 1 tahun dan seterusnya.. Amin..


Bekerja di sini tidak lah seperti yang di harapkan, namum ianya sudah tertulis dalam jurnal perjalanan hidup hOtspUrz. Apa-apa pun hOtspUrz bersyukur kehadrat Illahi.. 



Fokus hOtspUrz di sini adalah untuk membuka lembaran baru dalam hidup agar boleh melangkah lebih jauh dan seterusnya melebarkan lagi ilmu serta pengetahuan yang berguna untuk masa hadapan. InsyaAllah ilmu hari ini akan memberi sinar serta manfaat dimasa hadapan. Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Hadapan..