hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

7:53 PM

hOtspUrz.. homesick sudah!!!

Posted by hOtspUrz


Sudah hampir 3 bulan hOtspUrz tak balik ke Sungai Petani, maklum la sibuk sangat dengan kerja. Cuti Raya AidilAdha pun tidak berkesempatan untuk pulang ke Sungai Petani dek kerana pergi kenduri di Batu Pahat. Makanya dengan adanya "block leave" 2 minggu dan 8 hari.. hOtspUrz pun apa lagi mohon lah cuti bulan ini juga untuk clearkan 1 minggu dan baki bawa ke tahun depan. hOtspUrz akan mula bercuti dari 17 nov hingga 24 nov!!!! yeah!!!

So, hati sudah membuak2 nak balik Sungai Petani. Mana tak nye, ramai yg dok habaq ni sungai petani da berubah byk!!! (amboi aku tak balik lbh kurg 3 bulan da byk yg berubah?). emm apa2 je lah janji bley hidup dengan aman dan tenang!! 


Dikhabarkan Sungai Petani sudah ada 1 lagi pusat membeli belah yang agak besar!!! Amanjaya Mall yang terletak di Bandar Amanjaya berdekatan dengan susur masuk / keluar Lebuh Raya Utara Selatan  Sungai Petani Utara. Makanya hOtspUrz pun letak priority lah bila sampai SP nanti!! cek nak p melawat tengok!!! ada apa yg best sgt!! sebelum ni kat sp nak p mana lagi klo bukan yg ni:


Central square ni makin hari makin tak dak apa2 da pun. Dulu boleh la kira style skg ni.. emmm hampeh je kot. coz xde pape yg menarik. hOtspUrz klo nak beli baju raya ke apa baik g parkson kat taman sejati.. 

Kalau tak pun g Tesco sg petani utara untuk beli brg2 dapur + rumah.. 


Kalau nak tgk movie mesti g kat sini (tgk bwh)  sb seat dia lebih selesa compared to GSC kat central square!!.. 


Jadual hOtspUrz blk sp ni mcm padat but kena manage btol2 neh!!! huhhh da mcm YB!!! coz hOtspUrz plan nak g makan kat hOtmas!!!! (lama tak p neh!!).. Tempat makan yg style dan selalu penuh!!! harga murah!!! isyhh memang berbaloi baloi!!!!


Satu lagi tempat makan yg kena p jugak adalah LeBoss!!!!! spaghetti dia terbaek!!!!!! cek lapaq la mcm ni.. hahaha. 

Semoga apa yg hOtspUrz plan ni diberkati oleh-Nya!! amin.. 

 So SP!!!! tunggu kepulangan hOtspUrz!!..

9:04 PM

hOtspUrz... Kenduri Aidil

Posted by hOtspUrz


First of all, Tahniah Aidil & Nabila.. Semoga berbahagia ke Akhir Hayat. Amin..

Kalau di ikutkan perancangan seramai 4 orang akan pergi ke Kenduri Aidil & Nabila iaitu hOtspUrz sudah semestinya (pemandu berhemah), Aman (Pengaturcara Majlis), Aliff (Cameraman) & Wan (Penyedia Tempat Tinggal), namum sebaik-baik perancangan manusia, Allah lebih berhak untuk mengaturnya.. Malam sebelum bertolak ke Batu Pahat, aman msg memberitahu ibu nya di masukkan ke CCU Hospital Putrajaya. Makanya, segala perancangan awalnya terpaksa di ubah dan aman tidak dapat bersama-sama ke majlis tersebut. Kepada Aman, kami semua berdoa agar kesihatan ibu aman akan bertambah baik dan sihat hendak-Nya. amin..

Perjalanan bermula dengan hOtspUrz mengambil aliff di hentian Perkeliling seawal jam 7.30pg (err tuh masa hOtspUrz bertolak dari Shah Alam yep). hOtspUrz menerima panggilan dari aliff seawal jam 6pg ketika dia sudah hendak menaiki bas. Seterusnya hOtspUrz dan aliff menuju ke Setapak pula untuk mengambil Wan. 

Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik sgt, hanya borak2 kosong sahaja menjadi peneman sepanjang perjalanan.  Dan kami sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 12 tengah hari dan perut masing-masing pun mula berkeroncong. Menu untuk kenduri Aidil sudah semestinya nasi beriyani johor, kambing masak kurma, ayam masak merah, kari daging dan buah oren!!! selain itu terdapat juga makanan ringan lain seperti keropok lekor, goreng pisang, bubur dan mcm2 lagi!!! wow siap ada persembahan ghazal!!! memang layan la masa makan.. 

Selesai makan, kami pun beralih ke meja guest book!!! ape lagi terus conteng guest book!!! haha.. 5 perkara menarik tentang pengantin (aidil la coz nabila tak kenal sgt dan tak pnh borak pun)
1. KUAT TIDOR!!!!!
2. Baca doa Rombongan..
3.Honda WAVE DAQ.
4. Selalu ponteng kelas
5. Dulu aidil selalu pergi surau, skg tak tau.. hehe

pape pun kat dlm guest book siap ngn pesanan aman "aman kirim salam"!!! hehe..

Klo diikutkan perancangan Pengantin akan tiba pada pukul 1.30ptg, tp tunggu punya tunggu, pengantin tiba hampir pukul 2ptg..Disamping tunggu pengantin sempat gak ktorg amek gula-gula n moist cake kat meja guestbook!!! haha.. Aidil!! moist cake tuh sedap giler!!! haha.. Sebaik pengantin tiba cameraman (aliff) mulakan tugas!!!  Sepanjang perarakan pengantin aidil senyum sampai ke telinga!!! huhhhh Tahniah bro!!! tak sabar pulak hOtspUrz neh!!! emm bila?? doa2kan la ye semoga dipermudahkan jodoh dan dipertemukan dengan Insan yang dapat membimbing hOtspUrz ke Jalan yang diredai Allah.. amin.. 

Sebelum melangkah kaki untuk meninggalkan majlis, sempat juga kami bergambar dengan Pengantin!!!

Selamat Pengantin Baru Aidil & Nabila!!!!!!!!