First of all, Tahniah Aidil & Nabila.. Semoga berbahagia ke Akhir Hayat. Amin..
Kalau di ikutkan perancangan seramai 4 orang akan pergi ke Kenduri Aidil & Nabila iaitu hOtspUrz sudah semestinya (pemandu berhemah), Aman (Pengaturcara Majlis), Aliff (Cameraman) & Wan (Penyedia Tempat Tinggal), namum sebaik-baik perancangan manusia, Allah lebih berhak untuk mengaturnya.. Malam sebelum bertolak ke Batu Pahat, aman msg memberitahu ibu nya di masukkan ke CCU Hospital Putrajaya. Makanya, segala perancangan awalnya terpaksa di ubah dan aman tidak dapat bersama-sama ke majlis tersebut. Kepada Aman, kami semua berdoa agar kesihatan ibu aman akan bertambah baik dan sihat hendak-Nya. amin..
Perjalanan bermula dengan hOtspUrz mengambil aliff di hentian Perkeliling seawal jam 7.30pg (err tuh masa hOtspUrz bertolak dari Shah Alam yep). hOtspUrz menerima panggilan dari aliff seawal jam 6pg ketika dia sudah hendak menaiki bas. Seterusnya hOtspUrz dan aliff menuju ke Setapak pula untuk mengambil Wan.
Sepanjang perjalanan, tiada apa yang menarik sgt, hanya borak2 kosong sahaja menjadi peneman sepanjang perjalanan. Dan kami sampai di Batu Pahat lebih kurang pukul 12 tengah hari dan perut masing-masing pun mula berkeroncong. Menu untuk kenduri Aidil sudah semestinya nasi beriyani johor, kambing masak kurma, ayam masak merah, kari daging dan buah oren!!! selain itu terdapat juga makanan ringan lain seperti keropok lekor, goreng pisang, bubur dan mcm2 lagi!!! wow siap ada persembahan ghazal!!! memang layan la masa makan..
Selesai makan, kami pun beralih ke meja guest book!!! ape lagi terus conteng guest book!!! haha.. 5 perkara menarik tentang pengantin (aidil la coz nabila tak kenal sgt dan tak pnh borak pun)
1. KUAT TIDOR!!!!!
2. Baca doa Rombongan..
3.Honda WAVE DAQ.
4. Selalu ponteng kelas
5. Dulu aidil selalu pergi surau, skg tak tau.. hehe
pape pun kat dlm guest book siap ngn pesanan aman "aman kirim salam"!!! hehe..
Klo diikutkan perancangan Pengantin akan tiba pada pukul 1.30ptg, tp tunggu punya tunggu, pengantin tiba hampir pukul 2ptg..Disamping tunggu pengantin sempat gak ktorg amek gula-gula n moist cake kat meja guestbook!!! haha.. Aidil!! moist cake tuh sedap giler!!! haha.. Sebaik pengantin tiba cameraman (aliff) mulakan tugas!!! Sepanjang perarakan pengantin aidil senyum sampai ke telinga!!! huhhhh Tahniah bro!!! tak sabar pulak hOtspUrz neh!!! emm bila?? doa2kan la ye semoga dipermudahkan jodoh dan dipertemukan dengan Insan yang dapat membimbing hOtspUrz ke Jalan yang diredai Allah.. amin..
Sebelum melangkah kaki untuk meninggalkan majlis, sempat juga kami bergambar dengan Pengantin!!!
Selamat Pengantin Baru Aidil & Nabila!!!!!!!!
0 comments:
Post a Comment