hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts


Tajuk tu yang penting untuk dihayati!!! hahaha.. Angan-angan yang ntah bila akan tiba walau tanpa usaha ke arah itu.. huhhhh.. Memang tidak la jawabnya. 

Untuk post kali ni, hOtspUrz ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman mengikuti seminar bersama-sama dengan Persatuan Institut Teknologi Makanan Malaysia atau Malaysian Institute of Food Technology (MIFT) di The Saujana Hotel Subang pada 23 Oktober 2012. Seminar ini bersempena dengan Mesyuarat Tahunan MIFT kali ke 38. Tema (emm tema ke??) Seminar ini adalah Food  Safety and Quality Assurance "trust but verify".
Dengan persetujuan syarikat, hOtspUrz dihantar ke Seminar ini dan diminta supaya berdaftar dengan segera dengan MIFT supaya yuran untuk menghadiri seminar atau kursus yang ditawarkan oleh MIFT di masa hadapan dapat dikurangkan. Hal ini kerana Syarikat terpaksa membayar rm 200 untuk bukan ahli (hOtspUrz) dan jika hOtspUrz berdaftar sebagai ahli MIFT yuran hanyalah rm50 sahaja!!!.  Tapi sampai ke hari ini hOtspUrz masih belum berdaftar!!!!! hahaha..

Berbalik kepada Seminar ini, objektif seminar adalah untuk membincangkan berkaitan dengan Cabaran masa kini dan hadapan untuk analisis makanan dan keperluan menentusahkan (verification), Metodologi dan interpretasi analisis makanan yang berkaitan dengan GMO (makanan yang terubahsuai dengan genetik @ Genetic Modified Organism Food), Makanan Halal dan Perlabelan Pemakanan.
Di Seminar ini, hOtspUrz dapat berjumpa semula dengan Prof. Dr Nik (Pensyarah UKM & Pengerusi MIFT), My Daddy @ Godfather @ Supervior Tesis iaitu Prof Salam (Datang dengan pakaian yg sgt kasual!!!) stail la prof!!! Dr Siti Norbaiyah (Unipeq-HACCP course). Memang mcm down memory lane lah sebab teringat balik zaman-zaman belajar kat UKM dulu. Tak disangka-sangka Prof Salam pulak duduk sebelah hOtspUrz sepanjang seminar tersebut!!! huhhh... Makanya berbual panjang lebar la hOtspUrz dengan beliau dan perkara yang paling membanggakan dalam diri hOtspUrz adalah apabila prof salam meminta business card!!!!huhhhh terasa diri ini sudah berada di awan!!!! huhhhh.. Dahulu seorang pelajar yang tiada apa-apa dan sekarang hOtspUrz adalah R&D Executive!!! hehee., perasan plak.. 
Di seminar ini hOtspUrz tidak berkesempatan untuk mengambil byk gambar kerana duduk disebelah prof. jadi hOtspUrz lebih menumpukan kepada topik yang dibincangkan semasa seminar tersebut. 

Apa-apa pun hOtspUrz berpuas hati dengan seminar ini kerana byk sangat informasi yang berguna dapat dipelajari dan dikongsi. InsyaAllah jika ada lagi seminar anjuran MIFT pasti hOtspUrz akan mengikutinya....

Sekian..

0 comments: