hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

Ya ALLAH!!!! kau buka kan lah pintu rezeki aku seluas-luasnya!!! Sesungguhnya aku tak terdaya lagi untuk meneruskan kerjaya aku disini!!!!.....

Hari Khamis (27/10/2011) yang lepas sekali lagi hOtspUrz menerima keputusan yang sangat-sangat mendukacitakan!! Hanya Allah yang maha mengetahui keadaan hOtspUrz ketika itu!!!

Dear Ahmad Murshidi Bin Amir,

Good day to you.

On behalf of Uxxxxx Nutribxxxxxx Sdn Bhd, we would like to inform you that your application for the post stated above was not success / shortlisted.

We would like to thank you for your time for 1st and 2nd interview and wish you all the best in your future career development.


hOtspUrz sebenarnya berharap sangat dengan company tersebut!! namun Allah Maha mengetahuinya... Setelah penat hOtspUrz drive sensorg dari Kedah ke Shah Alam untuk menghadiri 2nd Interview, dengan penuh harapan dan melangit impian, hOtspUrz GAGAL buat kesekian kalinya.. Luluh rasa hati ni pabila menerima jawapan sedemikian.. Sangat-sangat kecewa.. Di mana dan bilakah rezeki hOtspUrz akan muncul.... hOtspUrz akan terus berusaha..

Untuk makluman anda ini adalah senarai syarikat yang pernah hOtspUrz pergi untuk interview:
1. Kraft Food - Penang,
2. Kerry Ing - Penang,
3. Maestro Swiss - Penang,
4. Nestle - Batu 3,
5. KFC marketing - Port Klang,
6. Company apa ntah (bumiputera) - Nilai,
7. Universal Nutribeverage - Shah Alam,
8. Ayam A1 - Sungai Buloh,
9. Network Food - Shah Alam.

Emmm banyak kan?? itu lah hOtspUrz!!! ingin mencari sedikit rezeki yang lebih berbanding sekarang.. InsyaAllah suatu hari nanti pasti ALLAH buka kan jugak pintu rezeki hOtspUrz!! InsyaAllah.. Semoga Allah makbulkan doa-doa hOtspUrz untuk mendapat kerjaya yang lebih baik berbanding sekarang.. Amin...


8:47 PM

hOtspUrz..... Interfood Indonesia.

Posted by hOtspUrz

Untuk kali ini hOtspUrz nak kongsi sedikit sebanyak corat coret Interfood Jakarta Indonesia 2011 yang telah hOtspUrz hadiri.. Minta maaf lah ye, terlambat sikit. Maklum lah sekarang ni sibuk sangat2 sejak bos R&D berhenti keje selepas balik dari Exhibition Interfood ni..

makanya ini sajook yang termampoooo.. biasa lah kan persediaan sebelum pameran adalah tempat pameran aka booth!!! sebenarnya booth untuk syarikat hOtspUrz bekerja ni tidak siap lagi kerana terdapat pelbagai masalah. Makanya hOtspUrz & bOs R&D sempat la pergi berjimba-jimba di Kota Jakarta disiang hari nya.. Untuk makluman bukan berjimba sgt ye.. tetapi pergi mencari bahan-bahan serta peralatan yang bakal digunakan untuk pameran..

Difahamkan sampai ke Jam 3 pagi (waktu Malaysia) booth masih lagi tidak siap di "touch-up". Dengan keletihan yg melampau2 ditambah pula dengan se-ekor mangkok ni beli air utk dirinya sajook!!! datang sebagai kumpulan kan?? jadinya susah senang bersama la kan!!!

Selepas seketika hOtspUrz, General Manager (Tn Haji) & Assist R&D pun balik ke hOtel penginapan dulu..

Jeng-jeng-jeng-JENG!!!! hahaha.. ini lah hOtspUrz aka chef of da day!!! Chef la sgt kan.. nak masak pun nan adoooo.. hehe.. Untuk hari pertama pameran, beria-ria ni!! siap ada "food presentation" bagai.. Niat nya untuk menampakkan keceriaan sudut pameran. Tetapi dengan pengunjung yang tidak bersekolah makanya semua hampir hancus!!!!!....

Pameran tuh pameran jugek!! tp posing depan kamera tetap menjadi keutamaan.. MENCAPAP!!! hahaha.. Sepanjang pameran berlangsung, terdapat 4 orang promoter (cewek indonesia) yang dibayar untuk mempromosikan produk syarikat.. waduhhhh kelas banget cewek tuh ya!! seksi gilerrr wa cakap lu!!!! hahaha..

Penat? memang lah penat kalau terlibat dengan pameran ni. lenguh kaki tuh da biasa la kan. Berdiri 8 jam kot!!!! Tapi semua tuh pengalaman kan. Ada yang gembira dan ada yang sakit hati.. haha.. Hari pertama dan kedua tuh produk "sampling" nampak tertib jugak. Masuk hari ke 3 dan terakhir!!! haa hambek kau... makan lah apa yg tersedia!!! minyak masak?? jgn nak diharapkan la minyak baru!!!! tak sempat da nak tukar2 minyak nih!!!.. hahaha..
Apa-apa pun semua nya HALAL!!!!

Pengalaman yang tak dapat dilupakan disana apabila seorg pengunjung dtg mencuba bebola daging lembu. Di Indonesia bebola di panggil "bakso" dan lembu di panggil "sapi". Walaupun "product tagging" telah tersedia namun si pengunjung ni masih lagi tidak paham-paham bahasa makanya beliau pun bertanya: "mas ini apa ya??" hOtspUrz pun menjawab pertanyaan tersebut: "Ini bakso sapi pak"!!! Pengunjung tuh mcm terkujat pulak : "apa bakso BABI"?!!!!! (dengan muka yang terkejut dan nak luah kan semula apa yang dia makan)!!! eheh!!! enggak pak ini bakso SAPI!!!!!! semuanya HALAL Toyibban!!!.. huhhhh...

Jadinya selepas kejadian hOtspUrz langsung menunjukkan skill ENGLISH!!! makanya semua pertanyaan akan di jawab dalam ENGLISH!!! ngeee!!!! dan sampai satu ketika pengunjung bertanya "Kamu dari MALAYSIA??.. Yes I am!!!..

Sebenarnya bila kita berbahasa inggeris dorg tak banyak bertanya sangat!!! huhh malas deh mau jawapin..!!! capek banget nih!!! hahaha..

Cukup lah buat seketika ini ye.. nanti hOtspUrz sambungkan lagi pengalaman-pengalaman di sana.. InsyaAllah.. Sebelum berakhir hOtspUrz selitkan sekeping gambar buat tontonan anda.. Makluman ye!! INI ADALAH ROTI SEBENAR!!!!!! BOLEH DIMAKAN, TETAPI SELEPAS PAMERAN BERAKHIR!! hahaha.. SUMPAH CANTIK GILER!!!!!


10:54 PM

hOtspUrz.... r0utes tO jakarta

Posted by hOtspUrz

Buat kali pertama dalam hidup hOtspUrz dapat menjejak kaki di bumi Indonesia.. Semua ini bermula dengan pemilihan hOtspUrz oleh pengurusan syarikat untuk menghadiri Pameran "Interfood Indonesia 2011". Selain hOtspUrz, ada lagi 2 org yang turut bersama2 hOtspUrz dlm team R&D. Alhamdulillah.. rezeki hOtspUrz..

Tetapi dalam fikirkan rezeki tuh, terfikir sejenak apa yang bakal hOtspUrz hadapi di Jakarta nanti... Maklum la, pengalaman hOtspUrz pada 2006 menjadi exhibitor hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.. Letih, Lunyai, Kejang Kaki dan mcm2 lagi!!!.. Dan satu hal lagi, untuk exhibition kali ini, perancangan dari pihak pengurusan untuk membuat "sampling" sebanyak 102 paket produk sehari!!!! haa dalam masa 10 jam 102 paket produk mesti dihabiskan untuk di makan oleh pengunjung exhibition. Hambek kau!!! dah macam bagi makan percuma untuk mangsa-mangsa perang je..!!..


Sebelum berangkat makanya persediaan mestilah siap segalanya... Walaupun hOtspUrz ni berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Sains Dengan Kepujian (Sains Makanan & Pemakanan), TETAPI!!! terpaksa berjinak-jinak dalam dunia lakonan!!! hahaha..Ini disebabkan pengurusan syarikat meminta hOtspUrz memakai pakaian Chef!! jadinya terpaksalah menjadi CHEF!!! even though i'm a FOOD TECHNOLOGIST!!! makanya hOtspUrz kena la bersiap dengan pakaian chef!!! siap ada nama lagi!! "chef Murshidi"!!! haaa.. kau ada????


Baju yang ditempah ni ada 2 warna, hitam & putih.. Bila di belek2, warna hitam menawan, tetapi bila di pakai, warna putih nampak berseri... adoi.. masalah la bila hOtspUrz mula perasan.. hehe.. Bila lagi kan nak angkat bakul sendiri...

Selain dari baju chef, Passport adalah dokumen yang paling penting dalam hal ini.. Mana tidaknya, kalau tak ada benda alah ni jangan kau mimpi la nak menembusi Jabatan Imigresen kat KLIA tuh. Jadinya hOtspUrz pun dengan pantas "drive" ke seberang perai untuk membuat passport.. Ye la kan, sebelum ni hOtspUrz menunaikan umrah guna passport kongsi!! hahaha. tau tak passport kongsi?? Passport kongsi ni hanya diberikan kepada kanak-kanak dibawah umur yang ingin ke luar negara bersama-sama dengan Ibu atau Ayah masing-masing. Maka nya hOtspUrz di kala berstatus kanak-kanak bawah umur, terpaksa la berkongsi passport untuk pergi menunaikan umrah..

Passport sudah siap, isyh2!!!! hensem nye hOtspUrz!!!!ngeee.....

Passport sudah ada, boarding pass pun sudah siap, maka nya hOtspUrz terbang di awan biru!!!!...

(maaf agak lambat ye untuk berkongsi cerita routes to jakarta)

10:32 PM

hOtspUrz...... RUMAH SAKIT @ hOmesiCk.....

Posted by hOtspUrz

Jakarta International Airport Terminal 2 To Kuala Lumpur International Airport Main Terminal

Flight No. Status Departure City Departure Date & Time Arrival City Arrival Date & Time
0726 ON TIME JAKARTA 03 Oct 2011 05:00 KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 08:00
0712 ON TIME JAKARTA 03 Oct 2011 09:40 KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 12:40
0710 ON TIME JAKARTA 03 Oct 2011 11:10 KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 14:10
0720 ON TIME JAKARTA 03 Oct 2011 15:45 KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 18:45
0722 ON TIME JAKARTA 03 Oct 2011 18:15 KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 21:15
0724 ON TIME JAKARTA 03 Oct 2011 19:35 KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 22:35


Kuala Lumpur International Airport Main Terminal to Penang International Airport.

Flight No. Status Departure City Departure Date & Time Arrival City Arrival Date & Time
1134 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 07:35 PENANG 03 Oct 2011 08:25
1138 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 09:15 PENANG 03 Oct 2011 10:05
1140 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 10:35 PENANG 03 Oct 2011 11:25
1148 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 13:55 PENANG 03 Oct 2011 14:45
1152 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 16:00 PENANG 03 Oct 2011 16:50
1158 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 18:20 PENANG 03 Oct 2011 19:10
1162 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 19:10 PENANG 03 Oct 2011 20:00
1164 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 20:20 PENANG 03 Oct 2011 21:10
1166 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 21:15 PENANG 03 Oct 2011 22:05
1194 ON TIME KUALA LUMPUR 03 Oct 2011 23:50 PENANG 04 Oct 2011 00:40