sEpi............
Hari-hari yang aku lalui kebelakangan ini kosong tanpa diisi.
Hati sering mencari-cari punca kesepian dan kekosongan ini.
Syahdu dalam diriku ini seperti merentap kebahagiaan sebelum ini.
Ke manakah perginya keriangan, gelak tawa, gurau senda yang sebelum ini menemani.
Diri sering menyepi tanpa di isi dengan nikmat dunia yang melimpahi.
Aku sedar perubahan hidup ku yang kian sepi.
Namun jauh di sudut hati yang berkelana ini tiada siapa mengerti.
Kenapakah aku perlu melalui saat-saat hidup sebegini.
Tangisan dalam hati seperti mengerti setiap yang terjadi.
Sahabat, Rakan, Kawan, Teman sudah tidak seperti dahulu lagi.
Seketika dahulu keriangan bersama-sama masih tertanam dihati.
Kini, sedih, duka, sEpi menemani hidup ku ini.
mEntari pagi sudah tidak bersinar lagi.
Embun pagi tidak sedingin seperti dahulu lagi.
Kegelapan maLam sahaja yang aku lalui.
Semerbak harum mawar pernah aku genggami.
Mekarnya sebesar alam fantasi.
Dahulu mimpi indah menemani ku setiap hari.
Saat-saat indah bidadari syurga menggamit memori.
Kelam yang hitam kini menjelma kembali.
Pedih luka kembali menusuk ke dalam hati.
Darah merah pekat mengalir menyusuri.
Ingatan ku serabut memecah dingin pagi.
sEpi yang aku harus lalui.
sEpi menghilangkan nokhtah hidup ku ini.
Kenapa semua ini terjadi?.
Aku masih mencari-cari.
Ke hujung duniawi perlu aku jelajahi.
Untuk mencari secebis hati yang sudi.
sEpi.................................................
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
0 comments:
Post a Comment