hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Highlight!!!!!!!!!!

Popular Posts


GEORGETOWN: Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 83 penumpang dan tujuh anak kapal melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABL) di Bayan Lepas apabila bahagian enjin pesawat itu didapati terbakar di udara.

Pengurus Kanan Malaysia Airport Berhad (MAB) di sini, Abdul Wahab Mohd Yusoff, berkata penerbangan MH674 dari Singapura ke Langkawi itu membuat pendaratan cemas pada 12.30 tengah hari.

Katanya, semua penumpang serta anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kejadian itu menyebabkan landasan LTABL ditutup selama 20 minit dan dibuka semula pada pukul 12.50 tengah hari.

"Pesawat itu berlepas dari Singapura pada jam 11.15 pagi menuju ke Langkawi dan sememangnya dijadualkan transit di Pulau Pinang sebelum meneruskan penerbangan pada jam 6 petang ini," katanya.

Sementara itu, salah seorang penumpang yang ditemui, Eddie O'Hara, 45, dari Sydney, Australia, berkata kejadian berlaku begitu pantas dan ada di antara penumpang yang cemas tetapi tidak dapat berkata apa-apa.
Katanya, sebelum pesawat membuat pendaratan cemas, beliau terdengar bunyi bising dan kelihatan api serta asap tebal keluar dari bahagian enjin.

Beliau yang duduk di tepi tingkap bahagian kanan belakang pesawat melihat dengan jelas kejadian itu, bagaimanapun tidak memberitahu isterinya yang sedang tidur.

"Juruterbang telah membuat satu pusingan sebelum mendarat tetapi pesawat berkenaan naik semula ke udara sebelum membuat satu lagi pusingan dan akhirnya berjaya mendarat dengan selamat," katanya.

Beliau juga memuji tindakan juruterbang yang berjaya mendaratkan pesawat secara profesional tanpa mengakibatkan kecederaan kepada penumpang dan anak kapal. - Bernama

0 comments: