hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Highlight!!!!!!!!!!

Popular Posts

Alhamdulillah.. syukur dengan rezeki yg diberi - Nya... sempena hari lahir hOtspUrz yg baru je lepas.. haa.. hOtspUrz nak kongsi sedikit sebanyak kegembiraan bila mana Royal Brunei Airlines B767-300ER selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa hOtspUrz (LTAH)..

Tanggal 7 September 2011, hOtspUrz menerima satu bungkusan yang dikirimkan melalui kangroo worldwide express, makanya hati pun membuak-buak!!! Sebenarnya tempahan untuk memiliki B767-300ER ni telah dibuat melalui pesanan SMS ke Syarikat Boeing Commercial Airplane!!! (arghh berangan sgt!!!) hehe.. hOtspUrz beli kat my Hobby house.. ngeee.

Niat dihati sebenarnya hendak beli MALAYSIA AIRLINES B777-200ER.. tetapi memandangkan pakej yg ditawarkan oleh Dragon Wing beserta harga yg menarik yang ditawarkan oleh My hobby house.. makanya hOtspUrz pun terus mengubah fikiran.. Mana tak nya, beli sebuah B767-300ER ni, hOtspUrz dapat sekali dengan Airport Mat + Ground Service Equipment!!! haaa.. pakej yg sangat menarik ye.. Sudah lama hOtspUrz mengidam untuk memiliki Ground Service Eq dan juga Airport Mat.. Untuk makluman korang la kan, Dragon Wing ni merupakan salah satu pengeluar bagi aircraft die-cast.. Dan pakej yang ditawarkan bagi Royal Brunei ni sangat2 menarik dimana untuk International Airport, pembeli akan menerima airport mat, ground service eq atau terminal..

Sekarang ni untuk koleksi skala 1:400, hOtspUrz sudah ada 4 biji... Tetapi masih lagi tidak puas ye.. Biasa la manusia mana boleh puas kan?? hehe.. Airport mat yang diberi percuma oleh Dragon wing sebenarnya adalah yang disebelah kiri (iaitu taxing way) manakala sebelah kanan pula hotspUrz beli melalui e-bay!!! Thanks aman!! (coz guna pay pal dia.. hehe)....

Koleksi hOtspUrz untuk skala 1:400
1. Malaysia Airlines (New Livery) B737-800 - 9M-MXA
2. AirAsia (World's Best Livery) A320 - 9M-AFC
3. AirAsia (F1 AT & T Livery) A320 - 9M-AFW
4. Royal Brunei Airlines B767-300ER - V8-RBH

Target seterusnya adalah ground service eq yg lengkap. (harga sudah di survey - dlm 70 - 80 hinggit!!). Tidak dilupakan Malaysia Airlines B777-200ER dan juga A330-300 (New Livery & Old Livery) yang telah lama diidam-idamkan.. Kalau tak silap hOtspUrz, semenjak dari tahun 2008 lagi.. InsyaAllah akan sampai masanya.. Tetapi semua ini bergantung kepada promosi yang ditawarkan.. Mana tidaknya, harga untuk kedua-dua nya melebihi dari bajet hotspUrz.. emm.. jdnya terpaksa la hOtspUrz menjengah syarikat penerbangan lain dahulu yang mana lebih murah dan menarik perhatian..

0 comments: