Tiada perkataan selain daripada Ya Allah aku tidak sanggup menempuhi saat-saat begini dalam hidupku!!!! Aku akan merindui gelak tawa, riang ria, sedih duka, dan kehidupan bersama dengan SAHABATKU!!!! Namun sesungguhnya aku tidak dapat menghalang daripada bumi terus berputar dan masa terus menerjah ke hadapan.. Disaat-saat begini mesej perpisahan acapkali singgah ke dalam memori telefon bimbit aku.. Pintu bilik diketuk dengan ucapan perpisahan dan panggilan telefon memberi kata-kata terakhir sebelum SAHABAT membawa haluan masing-masing dalam menjalani kehidupan mendatang.. Sesungguhnya hati aku memang menangis!!!! menghalalkan pemergian SAHABAT-SAHABAT ke dalam dunia yang lebih kompleks.. Setiap detik jugalah otak mula memproses sejarah-sejarah dan kisah silam sepanjang menjalinkan PERSAHABATAN..
10 MAY 2009.....
Tarikh telah tercatat dalam sejarah hidup aku untuk aku merelakan hati untuk berjauhan "seketika" dengan SEMUA SAHABATKU.. Setiap detik yang berjalan dengan pantas, namum aku hanya mampu untuk menyaksikannya sahaja tanpa ada apa-apa kuasa untuk menghalangnya..
4.00pg aman masih sempat menghantar YM yang sarat dengan memori-memori kisah klasik untuk masa depan!!!! Disaat membaca hati terlebih dahulu menitiskan hujan-hujan.. Ya Allah kenapa la aku harus lalui semua ini...
8.00pg Aku terus siapkan diri untuk menghadapi saat-saat akhir sebelum aku berangkat meninggalkan SAHABAT-SABAHAT.. arep aka mantan YDP KIY dtg bilik aku.. mengadu hal la pulek!!! haha. mcm2 la prolem yg dihadapi MANTAN YDP ni.. emm kesian aku.. sedey sampai nak menitis air mata!!! hahahaha.. tak de maknenye..
9.30pg - 10.00pg.. Kejutkan aman dari diulit mimpi-mimpi indah..haha.. tapi masa tuh perut pulek sakit nak ter... haha... sebelum tuh aku sempat bersalaman dengan SAHABAT-SAHABAT.. Mungkin salaman terakhir!!!! Berat hati aku untuk menyatakan yang masa telah tiba untuk aku berangkat pulang.. Aidil dan top sedang beradu lagi.. Tetapi aku kejutkan juga untuk aku bersalaman dan memberi kata-kata akhir.. Sebelum bertolak sempat juga aku fon wan dan berjumpa dengan arep..
10.15pg.. Mula mengorak langkah meninggalkan kisah-kisah klasik untuk masa depan.. Dalam perjalanan tidak lepas aku dan aman berbual untuk menghilangkan kesedihan.. Berbekalkan WSA 8052 (power tau motor nih) aman hantar aku ke Putrajaya Sentral.. Dalam perjalanan juga sempat aku mengambil gambar-gambar indah untuk tatapan.. Sampai je kat Putrajaya Sentral, bermula lah episod aku untuk kehadapan menuju destinasi.. Ketika menunggu KLIA Transit, sunyi dan kosong hati ini, fikiran pula mula menyingkap menyelak kisah-kisah klasik.. huhhh.. sebak dan hiba pula hati..
10.55pg KLIA Transit pun tiba.. huhh berat sungguh kaki aku untuk melangkah masuk.. Destinasi ku semakin dihampiri, SAHABAT-SAHABAT semakin jauh visualnya.. Namum aku berjanji SAHABAT-SAHABAT tetap dalam hati dan fikiran ku..ni lah mesej aku untuk semua SAHABAT " Salam.. Masa utk kita bjauhan tlh tbe.. Maafkanlah andai aku tlh melakukan ape2 kslhn. hiba dan sedih btl hati ini. Sunyi disaat pjlnan ke dstinasi. Tp board tlh tercatat MH1148 ONTIME!!! Tidak sngp utk aku ucpkn slmt tnggal kerna kmu SAHABATKU tlh brda dihatiku. Gud luck in ur future. Keep in touch.. hOtspUrz... Kitak bls msg aku dengan bahasa bunga dia.. emm sedey lah!!! tp aku nak tulis gak kat cni untuk tatapan kisah klasik untuk masa depan.."kmslm.. jgn bsdih duka. Cahaya ketemu msh ada lg, msti an snggh d pelabuhan memori.. Ketahui akan smpi k hujung nyawa dri ini menaruh mahkota namamu" huhhh walaupun aku tak berapa paham tp sebak bila baca msg ni..
Emmm ni la lunch hOtspUrz kat KLIA.. Mahal beb.. tp mse mkn ni siyes tak de selera coz tingat kat member2..
World's Best Cabin Staff.. memang aku undi MAS coz aku naik je mintak air 2 n kacang 2... Thank you for choosing malaysia airlines, hope we can meet again!!!
12.30tghr Check in beg dan terus masuk ke dalam departure hall. Dalam pada itu aku pun jalan-jalan area dalam departure hall.. Amek gambar lagi.. huhu.. Bukan senang nak amek gambar kat dalam tuh..
1.25tghr boarding... kat dalam aircraft aku sempat jugak amek gambar coz row aku duduk tuh tak de orang lain.. Aku sensorang je.. haha pe lagi.. ambik video take off dan landing..
2.40ptg Landing kat Penang International Airport.. Baru je touch down arep call.. haha aku tekan busy.. sorry r aku takot kne marah.. Mesej aidil pun sampai 'bro lu da sampai mne?.. Masa kat airport aman pulak gtau yg aidil sje wat2 tdo pagi tuh coz tak nak bersedih.. huhhhh sebak giler aku time tuh.. beg pulak da terlepas kat tempat amek beg.. tunggu la 2nd round.. haha..mne tak nye mse tuh aku call arep tp dia tak jwb then tetibe dia call aku blk. haha.. tak pe.. aku sanggup tunggu beg aku pastu aku pun call la aidil nak tnye betol ke ape yg aman ckp.. emm mane tau kot2 la aman ni saiko je lebih.. haha.. tp call tak diangkat..emm pe nih!!! arghh sedih!!! haha... aidil pulak mesej gtau tak leh nak ckp ngan aku skg nih.. emm.. adoiyai!!!!
3.00ptg Terus bertolak balik SUNGAI PETANI!!!
Pape pun korang sume SAHABAT AKU SAMPAI SYURGA!!!!!!
0 comments:
Post a Comment