Disini aku belajar mengenali pancaroba duniawi yg penuh dengan susur-susur, alur-alur dan simpang-simpang kehidupan... Disini aku mengenali erti kehidupan yang sebenar, memberi impak yang sungguh dalam terperosok didasar lautan..Disini melihat langit membiru luas bak lautan padang pasir yang luasnya tidak lah dapat ku gambarkan... Disini merangkak aku untuk menambat secebis perasaan yang boleh membahagiakan hari-hari yang semakin kelam.. Disini mengajar aku menjadi tabah melalui liku-liku keharmonian, kejahatan, kekejaman, kesengsaraan dan keamanan. Disini setiap aliran darah yang mengalir kian menjadi perlahan dek tekanan yang menghimpit kapilari.. Disini otot jantung berdebar akan setiap detik yang mesti dilalui menuju destinasi kehidupan. Disini segalanya berubah, peranan minda seringkali di tafsir mengikut nafsu serakah dan amukkan syaitan. Disini keimanan hero dalam memimpin kehaluan nurani..Disini kepercayaan setebal lemak tepu menjadi senipis sel bawang.. Disini bersatu menjadi kacau bilau dengan pendirian manusia yang seringkali menjadi penghalang kepada kesatuan..Disini tekanan semakin dirasai, hati semakin parah menerima anjakan toksik yang menghitam..Disini kemelut keperluan dan kehendak menjadi permusuhan yang lebih dasyhat daripada kemusnahan bom atom. Disini zarah-zarah seni berevolusi mencengkam lubuk-lubuk hati yang dibiarkan parah..Disini tanpa tanda-tanda yang menunjukkan hari esok yang gemilang.. Disini kecamuk ruang-ruang udara dipenuhi kepulan-kepulan serbuk kayu yang dibakar..Disini setiap langkah tersusun terhumban jua aku kedalamnya.. Disini kenikmatan tiada pernah dirasai gembira hiba sering berdampingi.. Disini pancaran signal gelombang udara memecah kebuntuan kesepian dan kedinginan.. Disini jua menjadi kerdil dengan kecutnya hati dan perasaan yang semakin mati..Disini menunjukkan simptom-simptom barah kian mencengkam tubuh serta sel-sel didalamnya..Disini kemampuan lawan antibiotik semakin pudar, antibodi lari entah kemana..Disini gabungan mineral dan vitamin berperang melawan musuh-musuh fikran yang bermain-main dibenak otak.. Disini radikal bebas bergelak ketawa riang bagaikan jongkang jongkit itu permainan mereka..Disini kelu lidah untuk menyatakan kemarahan membara membakar susuk tubuh..Disini kerdilnya dunia tetapi jauhnya perjalanan untuk menerobos dinding-dinding sel yang berselerak dimerata dunia..Disini kepedihan tiada terbendung lagi mencari tempat melepaskan hujan-hujan renyai..Disini perpisahan kian mendakapi tapi kasih yang kuberi kian meleraikan proton-proton yang lengkap dalam struktur elektron. Disini bersama wajah yang tak mungkin kembali...Disini indah bersulam bahagia tetpi nun jauh dilubuk hati terpendam kedukaan barah. Disini ditinggalkan sengsara kekalutan bayang-bayang sinar X..Disini pendustaan menjadi rialiti yang tidak mengenal ragu lagi..Disini keyakinan hati hanya untuk dirimu yang menjadi persembahan bagaikan fiesta muda mudi..Disini mengorak langkah melawan tindak balas elektrostatik yang berlaku tanpa sedar.. Disini arus diredah dengan misi yang masih pudar.. Disini jarak jauh dikatakan semakin menghampiri dengan adanya magnetik, namun semakin dilepaskan yang dirasai.. Disini jiran akan hilang secara visualnya pergi mendahului laluan tiada erti apabila Boeing 787 mengorak memecah awan biru.. Disini multimedia komunikasi difahamkan mengeratkan silatulrahim sukar untuk mempercayainya.. Disini gelak tawa ke arah tangisan pilu.. Disini melepaskan sesuatu elektron yang bukan milik mutlak akan berlaku dihadapan mata.. Disini rawaknya pembentukkan sebatian dari pelbagai komponen menambahkan kekusutan yang ada.. Disini mencari-cari haluan serta susur keluar kegelapan ciptaan sendiri.. Disini mendongak ke langit tiada seindah hamparan bunga-bunga tulip.. Disini jerebu seperti memahami isi hati masalah alam sekitar yang rapat dengan manusia.. Disini pimpinan tangan bersama kian terlerai globalisasi yang mendatang.. Disini ketentuan di medan perang walaupun tiada daya tujahan yang membantu dek kerdilnya semangat juang.. Disini rentetan kisah-kisah klasik berjenaka di benak pemikiran yang semakin bergelak tawa dengan riangnya.. Disini fenomena pemanasan dunia beralih arah kepada pemanasan hati yang memberi kesan kedutan akibat kegelisahan.. Disini antioksidan semakin popular untuk mengalih arah pemasalahan yang dihadapi.. Disini realiti menjadi peratusan tertinggi yang perlu dihadapi untuk menuju destinasi.. Disini Kisah Klasik Untuk Masa Hadapan..Disini Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan..Disini bermula Disini berakhir...
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
0 comments:
Post a Comment