hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

Ni salah satu pesawat terbaru Malaysia Airlines (Boeing 737-800 Next Generation Aircraft). Tapi pesawat ni MAS sewa daripada syarikat penerbangan XL Airways sebelum pesawat 737-800 yang dibeli oleh MAS sampai dlm thn 2010. Kapasiti penumpang dan jarak penerbangan adalah lebih tinggi daripada pesawat sedia ada iaitu 737-400..

Malaysia Airlines (MAS) merupakan salah satu daripada tujuh syarikat penerbangan pertama yang akan menggunakan pesawat Boeing 737 Sky Interior yang menyediakan ruang yang lebih luas sambil mengguna pakai ciri-ciri baru yang lembut dan pencahayaan biru langit mulai lewat 2010.

Dalam satu kenyataan dari Seattle Selasa, Boeing berkata syarikat penerbangan lain ialah FlyDubai (Dubai, Emiriah Arab Bersatu), Continental Airlines(Houston), Norwegian Air Shuttle ASA (Fornebu, Norway), TUI Travel PLC (London), GOL Airlines (Sao Paulo, Brazil) dan Lion Air (Jakarta, Indonesia).

Menurut Boeing, gaya itu yang dihasilkan melalui penyelidikan bertahun-tahun digunakan untuk mereka bentuk bahagian dalaman pesawat Boeing 787 Dreamliner.

Antara reka bentuk barunya ialah sisi dan tingkap yang menarik perhatian penumpang untuk melihat tingkap, yang membolehkan mereka mengalami pengalaman penerbangan, katanya.

Selain itu, sisi dalaman pesawat itu menyediakan reka bentuk saluran udara yang membolehkan dilakukan pemeriksaan keselamatan yang segera sebelum dilakukan penerbangan, ruang penyimpanan atas yang terbaru, serta ruang kaki dan lampu membaca yang lebih selesa bagi mengelak tersilap menekan butang untuk memanggil atendan penerbangan.

Boeing berkata perubahan kepada pesawat generasi akan datang 737 itu lebih kepada perubahan kosmetik kerana firma itu menyasarkan pengurangan penggunaan bahan api dua peratus menjelang 2011 melalui kombinasi rangka udara dan penambahbaikan enjin.

Penambahbaikan struktur pesawat itu akan mengurangkan heretan ke atas pesawat, sambil mengurangkan penggunaan bahan api kira-kira satu peratus.

Rakan enjin Boeing, CFM menyumbangkan lagi penjimatan satu peratus bahan api melalui perubahan perkakasan enjinnya.

Continental Airlines akan membantu Boeing menguji penambahbaikan yang dilakukan pada pesawat generasi akan datang 737-800.


Boeing 737-800 ni kira setanding dengan Airbus A320 AirAsia la.. coz 737-800 ni nxt generation aircraft dan lebih besar sedikit dari pesawat AirAsia.. Sebelum ni MAS pun guna boeing 737 jugak tapi dengan siri 737-400.. 737-400 ni kecik sedikit dari pesawat AirAsia...

0 comments: