hOtscLOpEdia

KiSah kLaSik uNtuK maSa dEpaN... MiMpi yaNg sEmpUrna...

Popular Posts

3:05 AM

Malaysia Airlines beli 25 A330-300

Posted by hOtspUrz

Sumber Utusan Malaysia:

PETALING JAYA 22 Dis. - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengeluar pesawat Airbus untuk membeli 25 pesawat A330-300 pada harga senarai AS$5 bilion (RM17.15 bilion).

Pembelian itu melibatkan 15 pesawat itu dengan diberikan pilihan untuk menambah 10 buah lagi dan kesemua pesawat dijangka mula diterima pada 2011 sehingga 2016.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Tengku Datuk Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz berkata, pesawat A330-300 akan melengkapkan jumlah penerimaan enam lagi pesawat A380 dan 35 pesawat B737-800.

''Pesawat baru itu nanti akan membina asas perkembangan MAS yang kukuh dan menjana keuntungan apabila pesawat A380 akan digunakan untuk penerbangan jarak jauh seperti London dan Sydney .

''Sementara itu, pesawat A330 akan digunakan untuk penerbangan jarak sederhana, manakala B737-800 akan digunakan untuk mengukuhkan laluan domestik dan laluan serantau,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Memeterai Perjanjian dengan Airbus dan taklimat media tentang cadangan terbitan hak di sini hari ini.

Tengku Azmil berkata, strategi MAS kini beralih daripada 100 peratus menyewa pesawat kepada sekurang-kurangnya memiliki satu pertiga daripada pesawat.

''Pembelian pesawat itu akan dibiayai melalui gabungan cadangan terbitan hak dan pinjaman dan ini akan membolehkan kami mempunyai pesawat baru untuk menyediakan produk terbaru kepada pelanggan.

''Menjelang 2016, MAS semua pesawat yang ditempah akan diterima dan kami akan memiliki pesawat baru, menjimatkan bahan api serta mesra alam di Asia,'' katanya.

Tengku Azmil berkata, apabila 15 pesawat A330 diterima, MAS dijangka akan memperoleh penjimatan sehingga RM300 juta setiap tahun.

''Ini merupakan waktu yang tepat untuk MAS menempah pesawat kerana harga yang lebih berpatutan semasa keadaan ekonomi tidak menentu dan bakal menerima tempahan apabila ekonomi telah pulih.

''Strategi MAS adalah menggunakan pesawat yang bersesuaian untuk pasaran yang tepat. Pesawat panjang digunakan untuk laluan jarak jauh dan pesawat berbadan sederhana untuk laluan jarak sederhana dan sebagainya,'' jelasnya.

Sejajar dengan perancangan untuk memiliki satu pertiga daripada jumlah keseluruhan pesawat utama mereka, MAS juga mencadangkan untuk memiliki enam pesawat A380 dan secara bersama (bundle) pesawat Boeing iaitu dua B777 dan dua B747 daripada Penerbangan Malaysia Bhd. (PMB) pada harga RM3.19 bilion.

Tengku Azmil berkata, pemilikan itu dijangka menambah sekitar RM648 juta kepada keuntungan dan kerugian (P&L) MAS (selepas menolak pemilikan dan kos pembiayaan) untuk tempoh tiga tahun bermula 2010 sehingga 2012.

MAS akan membayar PMB tunai sejumlah RM1.54 bilion untuk pembelian A380 daripada PMB kepada MAS.

MAS dijangka menerima sebuah A380 setiap bulan bermula Ogos 2011 dan akan menerima sepenuhnya pesawat itu pada Januari 2012.

Bagi empat pesawat Boeing, MAS akan membayar sebanyak RM190 juta kepada PMB.

Ia merupakan pra-bayaran untuk operasi sewa di bawah perjanjian sedia ada.

Apabila transaksi selesai, MAS akan mempunyai liabiliti berjumlah RM1.46 bilion.